Ting!
Ting!
Ting!
Amalia mendengus geram apabila bunyi mesej yang tidak henti tiba dari telefon bimbitnya. Yang lebih membuat dia naik angin adalah dia sedang cuba sedaya upaya untuk menumpukan tumpuannya pada pembelajaran.
Ini semua salah mamat sengal itu. Suara nyanyian Amsyar terngiang-ngiang di fikirannya. Dah cakap jangan buat kerja gila. Sekarang tengok! Siapa yang gila!
Amalia mencapai telefon bimbitnya. Dan ya, mesej dari Amsyar terpapar di skrin. Dia membaca satu per satu mesej dihantar oleh mamat sengal itu.
Good morning, sweetie!
Jangan lupa sarapan. Jangan terlalu banyak sangat minum kopi.
Not good for you health.
Amalia mengeluh kecil. Setiap hari, pasti dia akan dijamu mesej dari Amsyar. Ya, setiap hari. Bukan itu sahaja, pasti akan bersertakan dengan pesanan atau nasihat darinya.
Setiap perkara kecil yang dikatakan oleh Amalia. Pasti akan diingati Amsyar.
Kalau rajin dia akan membalas 'K', kalau mood dia terbang melayang, hanya seen dihadiahkan.
Dari situ juga dia tahu, Amsyar sangat ingin membantunya untuk sembuh. Dan dia hargai perkara itu.
Ting!
Satu lagi mesej dari Amsyar.
Oh ya, sweetie. Nanti ada orang yang akan hantar motorsikal dekat depan rumah awak. Tayar semua saya dah suruh dia check. Don't pay anything.
Jangan risau, saya dah suruh dia hantarkan before your class start. See you there! ;)
Pinggir bibir Amalia terangkat membaca pesanan dari mamat gila itu. Haish. Amsyar, Amsyar.
Amalia mengambil segelas cawan yang sudah kosong diteguknya dan dibawa bersamanya menurun ke bawah. Dia melihat ummi sedang mengelap meja makan seraya bersenandung mendengar lagu melalui earphone ditelinga.
Amalia tersenyum nakal sebelum berjengket mendekati ummi.
Satu.
Dua.
Tiga.
"Haaaa!" jerkah Amalia membuat ummi melatah spontan.
"Mak kau hijau santan pantang!"
Amalia yang tergelak sakan itu dibaling kain dilapnya di meja tadi. Ha, itu makan dia!
"Nasib tak meninggal tau. Tak pasal-pasal kejung kat sini," Lengan Amalia dicubit pula.
Serta merta ketawa Amalia digantikan dengan aduhan. Tak pernah tak berbisa cubitan orang tua ini.
"Sorry lah, orang gurau je." Amalia mencebik sebelum menghayunkan kaki ke dapur sinki, mencuci secawan gelasnya.
Ummi menghentikan lagu di skrin telefonnya. Sekejap, macam ada sesuatu yang pelik.
Dia menekup mulut di situ seakan tidak percaya. Berjalan pantas ke arah Amalia. Kepala Amalia dipegang lalu membelek-belek melihat. Kemudian dia menampar pipinya. Pap!
Kening Amalia bertaut seraya menepis tangan umminya. "Dah kenapa ummi ini? Tersalah makan garam dan gula ke?" tanya Amalia. Gelabah semacam.
"M-mal ketawa ke tadi?" Ayat ummi membuat cawan ditangan Amalia tergelincir.
Sepi sejenak.
"Ye ke, mungkin." Amalia berpura-pura tidak tahu. Tetapi memang betul, dia juga tidak perasan yang dia ketawa sakan mengenakan umminya. Sebelum ini, dia juga kerap mengusik ummi. Tapi, tidak sampai meletuskan tawa. Berita baik?
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...