Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang mengurniakan nikmat dan ujian pada seseorang hamba. Yang menghulurkan bantuan di mana tiada makhluk mampu menolong. Yang menjadikan siang dan malam. Yang menyatukan hati menjadi satu. Yang mengwujudkan cinta, kasih, sayang suci di dalam hati hambanya.
Dia yang bersifat Al-Qadir. Berkuasa. Dan Allah SWT, Dia adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah.
Hari ini, hari yang ditakdirkan, hari di mana seorang jejaka bernama Amsyar Neezreeq Bin Arsyad menjadi suami yang sah kepada Amalia Narnia Binti Erman. Allah menjadi saksi.
Amalia melihat imejnya di cermin hotel. Sudah siap dan kini hanya menunggu masa diijab kabulkan. Tangan yang berhenna dia usap. Tidak percaya berminggu berlalu dengan pantas. Dia akan menjadi seorang isteri. Isteri? Ya! Arh! Tak dapat dia tidur malam hanya memikirkan tentang ini.
Dia memejamkan matanya seketika. Nafas ditarik sedalam-dalam yang mungkin, tangan digenggam kuat. Berharap pada Allah SWT. Ya, itu penting. Tak apa, Amalia. Kau boleh buat. Kalau sebelum ini kau boleh tumbuk orang sampai pengsan, tak akan hadap perkahwinan sendiri tak boleh.
"Cantik betul pengantin perempuan kita hari ini. Macam bidadari." Tak, Amalia nampak lebih dari itu. Hari ini, Amalia betul-betul nampak seperti unreal. Sangat. Make-up yang anggun dilukiskan pada wajah yang sempurna. Sudah tentu hasilnya lebih dari itu.
Ezrin berdiri di belakang kerusi Amalia. Melihat wajah Amalia dari pantulan cermin. Rasa sebak kian naik. Melihat wajah Ezrin yang mula murung itu lantas Amalia menarik lembut tangan rakan baiknya itu, berdiri dari duduknya. "Jangan lah sedih. Kau dah kahwin. Tak akan aku tak boleh."
Ezrin membuat muka itik. "Bukan lah, I happy ada kawan macam you. Amsyar bertuah dapat you. And you bertuah dapat Amsyar. You both looks so much perfect together. I...doakan yang terbaik untuk rumah tangga you."
Amalia mengukirkan senyuman lebar. Air mata Ezrin satu per satu terjatuh itu dia kesat bersama ibu jarinya. "Terima kasih, Ezrin. Kau ada bila aku susah, aku pun bersyukur sangat ada kawan baik macam kau."
Ezrin ketawa kecil. Aish, kenapalah dia pula yang emosional sangat Amalia nak kahwin. Tangan dibuka luas, menarik Amalia ke pelukan eratnya. Tubuh belakang Amalia diusap perlahan. "Semoga berjaya, dear."
"Oh ya, Uzain ada bagi I kad. Amsyar suruh pass dekat you before dia sampai sini. You baca dulu tau. I nak tengok orang dekat bawah. Jangan pergi mana-mana tau! Jangan keluar selagi I tak dengan you." Sekeping kad dihulurkan pada Amalia. Dia mengangkat kain untuk memudahkan perjalanan dia. Dalam keadaan cepat dia mempamit.
Amalia tergelak kecil melihat Ezrin. Kemudian pandangan diganti kepada kad yang diberi oleh Amsyar padanya di tangan. Dia kembali duduk di kerusinya. Dia membaca sesuatu yang tertulis di sampul itu terlebih dahulu.
From: Bakal suami milik Amalia.
To: Bakal isteri milik Amsyar.Amalia tersenyum lebar. Dia tahu tulisan ini tulisan Amsyar. Comel. Kad dikeluarkan perlahan dari sampul itu. Amalia membuka dan membacanya.
Teruntuk, bidadari saya.
Today is the day I have been waiting for so long. To be your husband and to be your imam. Thank you. Thank you so much, Amalia Narnia for still being here. With me. I met you accidentally, i'm with you intentionally. And now, i'm working all my heart to make us a forever kind of thing.
Dari mengenal awak, bakal isteri. Saya belajar kepentingan doa dan harapan kepadaNYA. Meminta restu dariNYA untuk mempermudahkan urusan kita, melembutkan hati awak untuk menerima saya. Jalan Allah SWT menyatukan kita teramatlah indah dan menakjubkan. Saya lebih dari bersyukur, seseorang yang Allah SWT takdirkan untuk menjadi pasangan sehidup semati saya adalah awak.
![](https://img.wattpad.com/cover/280888641-288-k306583.jpg)
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romansa[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...