14 tahun yang lalu...
"Ibu, nanti Mal nak pergi rumah Farsya boleh tak?" Tangan ibu digoyang lembut, memujuk. Mata memainkan peranan.
"Kan semalam dah pergi. Hari ni nak pergi juga?" Tanya ibu. Semalam dia, Farsya dan Iewani meluangkan masa bersama, membuat kerja sekolah di rumah ini. Entah kenapa hari ini, bosan datang melanda kembali. Jadi dia buat keputusan untuk bermain dengan Farsya, memandangkan Iewani pergi bercuti bersama keluarga.
"Boleh lah, ibu. Please." Amalia mengerdipkan matanya. Tapak tangan disatukan bersama seperti merayu.
"Ya lah, Mal sayang." Akhirnya ibunya mengalah jua. Amalia tersenyum lebar. Tangan di depa ingin memeluk ibu. Ibu tersenyum nipis seraya mengusap belakang rambut anaknya. Kini Amalia sudah semakin meningkat usia, tidak lama lagi Amalia juga akan menghadapi UPSR, ujian peperiksaan sekolah rendah.
Tiba-tiba, telefon pintar ibu berdering. Telefon yang berada di atas meja diambil. Amalia hanya melihat ibunya. Sebelum sambung membuat ulang kaji.
"Detektif Intan? Are you there?" Suara wanita menyapa di gegendang telefon.
"Yes, i'm here. Why?" Soal ibunya. Nada suara bertukar menjadi tegas apabila mendapat panggilan dari pejabat.
"Pihak atasan ada tanya saya tentang kes haritu. If you don't mind, boleh datang kat sini tak? Also, Detektif Zarnia pun suruh Detektif Intan datang, maklumat baru sampai katanya." Dengan jelas, wanita itu menerangkan tujuan.
"Okay, nanti saya datang." Jawab ibu, a.k.a Detektif Intan. Telefon pintar dimatikan. Menyimpannya di dalam poket seluar.
"Mal, sebelum Mal pergi rumah Farsya. Jangan lupa solat Zohor dulu, ye? Jaga diri, ibu ada kerja. I love you." Pesan ibunya. Dahi Amalia dikucup lembut. Tangan Amalia dihulur ingin menyalam ibunya. Dia melihat figura ibu yang berjalan pergi.
Tingkat bawah dituju. Mata melilau mencari pembantu rumah di anak tangga. "Kak Azma? Kak-"
"Ye, Intan." Sahut pembantu rumah yang baru dari keluar dari dapur.
"Tolong tengok-tengokkan Mal ya. Saya ada kerja kat luar. Kak Azma pun jaga diri juga. Bye, Assalamualaikum." Tangan dilambai ke arah Kak Azma. Kaki melangkah keluar dari rumah. Pintu kereta dibuka. Enjin dihidupkan dan terus menuju ke pejabatnya.
Sesudah tiba di pejabatnya, dia menguak pintu pejabat. "Uwoo, hai Intan!" Tegur rakan pekerjanya, Detektif Rafis. Tersentak kecil Intan di situ.
"Hm, hai. Kapten mana?" Dia duduk di mejanya, berhadapan Detektif Rafis.
"Ada kat dalam, nak jumpa dia jumpa lah Diorang tengah bincang pasal kes pembunuhan baru haritu. Marziq dan Zarnia pun ada kat dalam. Diorang tengah tunggu kau kut." Jawab Detektif Rafis seraya mengunyah chewing gum di dalam mulut. Jari lincah menekan papan kekunci. Mata tertumpu di skrin komputer.
Intan tidak menjawab malah berdiri melangkah ke bilik Kaptennya. Pintu dikuak, ternampak Kapten dan rakan sepasukannya."Ha, datang pun kau Intan. Lama tunggu." Bahu rakannya ditepuk.
"Eleh, lama lah sangat. Baru berapa minit, budak kau call. Kau nak aku drive laju? Tak pasal-pasal aku meninggal macam tu je." Balas Intan sedikit kasar. Menjulingkan mata ke atas. Menepis tangan rakan wanitanya itu.
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...