Bab 6

2.7K 468 10
                                    

"Okay, cik. Dah siap." Ujar jururawat itu dengan nada mesra. Luka yang berada dilengan Amalia sudah berbalut. Jururawat itu mengukirkan senyuman kepada Amalia yang berada di atas katil pesakit sebelum sambung membuat tugasnya.

Hisyam berjalan ke arah Amalia sempat memberi senyuman kecil kepada jururawat yang lintas disebelah. Hisyam berdiri di sisi katil Amalia.

"Macam mana, dah okay?"

"Takda pun cakap tak okay." Nak tak nak sahaja Amalia menjawab. Pelik. Kawan dia ni memang tak ada kerja ke. Sibuk je datang ke sini.

Hisyam ketawa halus. Sudah terbiasa dilayan sebegitu oleh Amalia. Tika mereka masih kanak-kanak Amalia ialah orang yang paling ceria dimatanya. Kini, Amalia sudah jauh berubah sejak kejadian keluarganya itu.

"Haa, apa tengok-tengok. Takda kerja? Itu banyak pesakit tak nampak ke?" Bebel Amalia melihat Hisyam yang asyik tersengih. Dari tadi siren ambulance berbunyi menandakan ada kecemasan tapi dia masih tercegat kat sini.

"Saya shift malam saja je datang awal. Lagipun, sekarang ni masih ramai doktor bekerja. Kalau ada benda urgent baru saya pergi."

Amalia mencebik. Ye ye je lah dia ni. Dia pun tak tahu, Hisyam ini lelaki ke perempuan. Dia je nak betul.

"Makcik yang dengan aku tadi mana? Dah call penjaga dia?" Tanya Amalia ingin tahu. Dia masih disini pun nak tahu keadaan makcik itu. Kalau tidak, dah lama dia pulang. Tambah pula, dia tak nak terjumpa ayah.

"Dah dan dia setuju nak jalankan pembedahan." Amalia menghela nafas lega. Keputusan yang sangat tepat. Kalau terlambat buat tindakan banyak lagi kesan buruk yang akan berlaku.

"Siapa? Anak dia ke suami?"

"Anak dia, lelaki. Kerja delivery foodpanda."

Amalia mengangguk perlahan. Tetapi ada sesuatu yang berada di fikirannya. Kenapa tiga samseng itu pukul makcik tadi? Takkan lah makcik tu ajak bergaduh. Mesti ada sebab.

"Mana makcik tu? Dia dah buat pembedahan?"

"Dah baru je habis. Jom saya tunjukkan bilik dia,"

Amalia mengikut langkah Hisyam dari belakang. Pintu bilik itu diketuk dan dibuka perlahan. Ada seorang lelaki seperti dalam lingkungan 20-an yang sedang menggenggam tangan wanita tua terbaring di atas katil. Lelaki itu masih memakai baju tshirt foodpanda. Anak dia mungkin.

"Assalamualaikum makcik, saya Amalia. Saya ya-" Belum sempat Amalia menghabiskan ayat wanita tua itu sudah memotong.

"Adik yang tolong makcik tadikan? Terima kasih dik, terima kasih sangat-sangat tanpa adik tak tahulah apa yang jadi dekat makcik." Sayu suara wanita itu berterima kasih. Matanya mengalirkan air jernih di pipi. Tangan Amalia diambil sebelum dikucup bertubi-tubi.

"Eh, Astaghfirullah. Makcik tak perlu lah macam ni. Kebetulan je saya kat sana, saya tolong apa yang mampu je makcik." Menolak tangan wanita itu dan mengusapnya perlahan. Senyuman ikhlas diberi.

"Alhamdulilah, masih ada lagi budak baik macam Amalia sekarang. Terima kasih nak." Bergetar suaranya mengeluarkan kata-kata. Sungguh dia berterima kasih kepada Amalia yang ikhlas membantunya.

Amalia hanya tersenyum membalas. Telefon Hisyam berbunyi, dia mengangkat telefonnya itu dan meminta diri untuk keluar. "Te-terima kasih kak, saya takda apa-apa nak bagi dengan akak untuk membalas jasa akak." Lelaki itu mengeluarkan suara.

Amalia terdiam sekejap. Tua sangat ke dia ni sampai kena panggil akak? "Tak perlu," Senyuman mesra diukir.

"Oh ya, adik. Akak nak tanya sesuatu boleh?"

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now