Bab 3

3.6K 608 51
                                    


"Assalamualaikum ummi!" Amalia memberi salam dengan kuat. Berniat untuk mengejutkan ummi di dalam rumah. Dia menutup pintu itu selepas kaki sudah menapak masuk ke rumah.

"Eh, hujan kau mengamok!" Latah ummi yang sedang duduk melipat baju. Tangan sudah membuka silat payung. Mahu tak terkejut umminya tengah syok menonton cerita hantu. Biasalah bila tengok filem seram ini akan ada babak yang senyap sepi. Tak ada bunyi. Sekali....Arh! Terperanjat kau.

Amalia meletuskan ketawanya. Dia pun sengaja terikut-ikut silat payung si ummi. Dia dekati ummi, tangan kanan sedia dihulur ingin menyalam ummi.

"Eish, engkau ni nasib ummi takda sakit jantung kalau tak meninggal ummi tau." Marah ummi lalu mengetuk kepala milik Amalia sebelum menyambut tangan Amalia. Bertuah betul anak dara ni!

"Aduh, sakit lah ummi." Adu Amalia lantas menggosok kepalanya yang sakit. Ummi ketuk guna batu bata ke apa ni? Sakit betul.

"Hah, padan muka." Tutur ummi lalu mengflipkan rambutnya.

"Ni Mal, tadi pergi sekolah kenapa tak bagitahu ummi?"

"Eh eh, kita penat melaung tau tadi nasib tak keluar je anak tekak ni." Ungkit Amalia. Entah apa yang ummi buat sampai tak dengar. Rumah ini bukan besar manapun dua tingkat je, bukan 15 tingkat ada lif sampai tak dengar.

"Oh, hehe ummi tengah call orang tadi dalam jamban." Astaghfirullah. Gila ke apa call orang dalam jamban. Tak ke bergema suara tu.

"Ya Allah ummi, siapa suruh main phone dalam jamban? Tahu tak ada syaitan dalam itu." Amalia menggelengkan kepala. Risau dengan perangai ummi, dulu elok je perangai sekarang makin hari makin pelik. Nak kata faktor usia, tidak.

Hari yang lepas, ummi pernah meminta helmet darinya untuk pergi membeli sedikit barang di kedai runcit. Yang peliknya, ummi mana ada motorsikal sampai nak guna helmet. Apabila ditanya, rupa-rupanya ummi menunggang basikal bersama helmet di kepala. Kata ummi, dia pentingkan keselamatan.

Haih. Risau kekadang, tak apa lah ummi asalkan tak sampai naik kereta bawa helmet.

"Call siapa sampai dalam jamban ini ummi? Boyfriend?" Tanya Amalia usai meletakkan barang dan melabuhkan punggung di sofa ruang tamu.

"Customer ummi lah dia nak order cupcake. Ummi nak melepas tiba-tiba ada orang call. Itu yang sampai dalam jamban tu. Kalau tidak, melepaslah rezeki."

Amalia baru teringat yang kini ummi membuka bisnes kecil, menjual cupcake. Ummi bosan tidak tahu nak buat apa di rumah, ummi mulalah membuka bisnes kecil atas bantuan Amalia sendiri.

"Ohh, banyak ke dia order?"

"Bolehlah, eh Mal ada free tak sebelum hari Sabtu nanti?"

"Hmm, lusa Mal ada free. Kenapa?" tanya Amalia lagi. Wajah ummi dipandang menunggu jawapan.

"Ummi ingat nak beli barang sikit untuk buat cupcake, takut tak cukup. Lusa Mal teman ummi beli barang boleh?"

"Boleh je ummi"

"Okay beres boh, ini kotak siapa bagi?" Tangan mencapai kotak kecil yang berada diatas sofa dibawa oleh Amalia sebentar tadi. Terhias reben berwarna merah jambu disekelilingnya.

"Wah, ni mesti peminat Mal kan bagi" sambung ummi lagi. Sebelah tangan mencapai sekeping kad yang terdapat dalan kotak tersebut lalu membacanya dengan penuh semangat.

" From: Fariz paling hensem
   To: Amalia Narnia

Hai! nah coklat untuk awak. Makan tau! Harap awak suka! "

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now