Bab 18

2.4K 398 32
                                    

Amalia mencelik matanya. Terbangun dari tidur. Lena betul dia tidur. Bila dapat rehat ini, hilanglah sedikit rasa penat dia seharian. Amalia bangun dari baringnya. Sebotol air mineral yang bersaiz besar itu dituangkan ke cawan sebelum meneguk rakus. Entah dari mana cawan ni datang, pun tak tahu. Amsyar yang sediakan mungkin.

Dia turun dari katil pesakitnya. Tingkap yang tertutup oleh langsir dipandang sekilas. Masih belum kelihatan sinaran matahari. Masih kelihatan gelap gelita. Jam di dinding dikerling seketika.

Jam 5.43 a.m.

Amalia membuka pintu bilik pesakitnya dan melangkah keluar perlahan-lahan. Dia tersentak apabila melihat seorang lelaki terbaring di kerusi di hadapan biliknya. Melatah kecil dia di dalam hati.

Dia mengusap dadanya. Haih, nasib tak terkencing. Amalia mendekatkan wajahnya melihat lelaki itu dan kembali jauh. Oh, Amsyar.

Eh!

Amsyar? Kenapa dia tidur dekat sini?

Amalia mengeluh berat. Dia tunggu aku ke? Kenapalah kau susahkan diri kau. Dia masuk ke dalam biliknya mengambil selimut di katil dan menyelimut tubuh tegap Amsyar dengan perlahan. Dia merenung wajah Amsyar seketika. Kacak juga kau kan sebenarnya...

Baik.

Tak ambil kesempatan dekat perempuan.

Bertuah siapa dapat kau. Amalia menggeleng perlahan lalu memukul kepalanya lembut. Apa lah yang dia fikirkan pagi-pagi buat ni?

Dia mula berjalan melihat sekitar hospital. Masih ada jururawat dan doktor yang bekerja, sedang bertungkus lumus merawat pesakit. Sempat Amalia memberi senyuman kecil kepada mereka. Sekarang terasa pelik pula, selalunya dia memakai hoodie tapi kini dia hanya memakai uniform pesakit.

Amalia duduk di bangku yang terdapat di taman kecil hospital itu. Dia tidaklah selalu datang ke hospital ayahnya, tapi dia hanya tahu sedikit sahaja tentang kawasan di hospital ini. Dibina dengan berwarna coklat kayu, tetapi lebih kelihatan moden. Kerana warna coklat adalah warna kegemaran ibunya.

Dia mendongak melihat langit di atas. Ada banyak bintang-bintang yang berkedipan indah. Amalia tersenyum lebar melihat butir-butir bintang itu, terasa tenang. Sentiasa menjadi pemandangan pujaan hati. Cantik sungguh ciptaan Allah SWT.

Amalia menggosok lengannya yang berlapik kain. Sejuklah pula. Amalia menghela nafas panjang. Tiba-tiba terasa sehelai jaket kulit hinggap di tubuhnya. Dia menoleh ke sebelahnya untuk melihat gerangan yang memberi jaket kepadanya.

Amsyar memberi senyuman lebar kepada Amalia. "Boleh saya duduk?" Tanya Amsyar sopan.

Amalia terpinga-pinga mengangguk. Wangian harum dari jaket Amsyar juga menusuk laju ke hidungnya. Bau minyak wangi atau bau neutral dari dia? Dan bukankah jejeka ini tidur ke sebentar tadi?

Amsyar melabuhkan punggung di bangku sebelah kiri Amalia. Yang mengisi jarak antara mereka berdua. "Awak buat apa dekat sini? Tak tidur?" Tanya Amsyar. Cuba memulakan perbualan antara mereka. Mata diletakkan ke dada langit.

"Kau tu buat apa dekat sini? Tadi kau tidur kan?"

"Jadi, awak lah bagi selimut dekat saya tadi, kan?" Wajah Amalia dipandang dari sisi. Dia pun terkejut tiba-tiba selimut ada pada tubuhnya. Kerana tersedar dari tidur, dia menjenguk Amalia sebentar. Untuk memastikan gadis itu tidur dalam keadaan tenteram. Tetapi, apa yang dia jumpa hanya katil yang kosong. Pantas dia berlari bertanya kepada jururawat yang lalu lalang di situ.

Nasib sahaja dia jumpa cik gadis dia di sini.

Amalia memperbetulkan balik posisi duduknya. Berdehem kecil. Kalau dia cakap ya, nampak macam dia caring pula. Tak perlu cakap je lah.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now