Motorsikal diparkir di hadapan rumahnya. Helmet dicabut dari kepala. Pintu dikuak dengan perlahan. Tidak terkunci. Mungkin ummi dah datang. Ye lah, dah jam 9 malam tak akan belum balik lagi.
"Assalamualaikum." Amalia memberi salam dengan lemah. Kedengaran serak suaranya. Hilang tenaga.
"Eh, Mal. Lambatnya balik, risau ummi." Laju sepasang kakinya mendekati Amalia. Bimbang dengan keadaan Amalia, dia dapat tahu dari media sosial yang rahsia Amalia. Dia tahu selama ini, Amalia paling benci dengan hinaan, hamukkan, cacian orang ramai. Segala itu, bagai trauma untuknya.
Perkataan mereka sentiasa bermain di fikiran. Mereka lupa tentang itu. Dan asyik melontarkan tanpa perasaan. Tanpa memikiran tentang orang yang menerimanya.
"Ummi dah makan?" Kecil sahaja suaranya bertanya. Dia cuba melarikan pandangan dari memandang wajah ummi. Tidak mahu matanya yang sembap kelihatan.
"Ummi dah makan,"
"Mal...okay?" Tangan Amalia ditarik lembut untuk memandang tepat matanya. Dari wajah Amalia, dia tahu Amalia letih, letih dengan semuanya.
Ummi mengangkat dagu Amalia perlahan. Reaksi kosong hanya terpapar di wajah. Semakin Amalia membesar, semakin jarang dia melihat Amalia menitiskan air mata. Padahal, dia tahu hati Amalia sudah lama hancur. Ummi memeluk Amalia dengan erat. Belakang Amalia diusap lembut. Amalia kuat kan, sayang?
Amalia hanya berdiri tidak berbuat apa. Pelukan ummi tidak dibalas. "Ummi janganlah nangis, Mal takda apa-apa lah." Cuba menguatkan ummi walhal diri sendiri sudah hilang kekuatan. Pelukan dileraikan oleh Amalia. Wajah ummi ditatap, beberapa titik air jernih membasahi pipi ummi dikesat.
Semakin kuat tangisan ummi. Tipu, semua itu tipu, dia tahu itu. Ummi mengesat air matanya. "Mal...Mal kena ingat, walau beribu mana pun orang benci Mal. Ummi ada, Uncle Isa ada, ayah ada untuk Mal. Ummi tahu Mal kuat." Matanya sayunya memandang Amalia. Senyuman diberi kepadanya tanda dia benar-benar memaksudkan ayatnya.
Amalia mengangguk perlahan. Senyuman kelat diukir untuk membalas."Terima kasih, ummi. Mal naik dulu." Tangan ummi dilepaskan. Kaki melangkah menaik tangga dan diatur ke biliknya. Pintu ditutup rapat. Usai sahaja membersihkan diri, dia merebahkan tubuhnya di katil hempuk.
Dia menggapai telefon pintarnya di dalam beg galas. Telefon pintar itu dihidupkan, banyak mesej dan notifications yang mula masuk.
Ting!
Ting!
Ting!
Amalia membaca satu per satu pemilik yang menghantar mesej kepadanya. Langsung tiada nama ayahnya di situ. Amalia menghempas telefonnya di situ. Tangan naik meraut wajah.
Ayahnya langsung tidak kisah akan dirinya atau sibuk bekerja? Sekurang-kurangnya, Amalia berharap ayahnya akan bertanya keadaannya.
Tetapi, kali ini tiada. Kosong.
Amalia memperbetulkan posisinya untuk tidur dengan lebih selesa, lama kelamaan matanya mula terkatup rapat. Tiada apa yang dia harapkan yang terjadi esok. Malas ingin memikir banyak. Apa nak jadi, jadi lah. Terpulang.
***
Langsir diselak, tujahan cahaya matahari pagi menampar dada bilik. Amalia mengemas buku dan kertasnya di meja. Dia sudah bangun lebih awal pagi tadi untuk membuat sedikit assignment Sesedih mana pun, tugasnya tidak dia lupakan.
Life must go on even you hated it
Amalia menapak keluar dari bilik dan turun ke bawah untuk sarapan pagi. Seperti disangka, sudah terhidang sarapan untuknya di atas meja. Ummi juga menyedari kehadiran Amalia terus tersenyum lebar memandang Amalia.
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...