"Hmm, sedapnya bau Amsyar masak." Sebaik sahaja masuk ke ruang dapur. Hidung ditusuk dengan bau masakan Amsyat. Beberapa pekerja yang juga melakukan tugas mereka disana turut setuju dengan kata Uncle Isa. Sudahlah kacak, murah dengan senyuman, baik, peramah. Pergh! Pakej sempurna.
"Dah siap dah ni, nak hidang je lagi." Balas Amsyar. Tangan lincah mengaul Sauce Buttermilk yang akan dimakan bersama Spaghettinya. Tomyam ayam juga sudah dia masak untuk sesiapa yang tidak reti makan spaghetti.
"Okay. Dah siap! Korang meh jemput makan." Amsyar memanggil pekerja yang lain untuk menyambut selera bersama. Mereka pun tersenyum melabuhkan punggung di meja makan itu. Tak berhenti perut mereka berkeroncong. Dapat pula makanan percuma. Wah.
Amalia yang datang ke dapur menghidu bau masakan Amsyar. Bau sungguh menyelerakan. Terkesan juga dia bila tengok dapur ini tak terbakar. Maksudnya, memang mamat ini pandai masak lah. Amsyar melemparkan pandangannya kepada Amalia masih berdiri di pintu dapur itu sebelum datang menghampirinya. Ikatan apron dibuka perlahan.
"Jom makan saya dengar awak suka makan Spaghetti Buttermilk, rasalah mana tahu awak suka versi saya punya." Dengan suara garau mengusik. Bicara dengan lembut. Badan dibongkokkan sedikit bagi menyamakan tinggi Amalia.
"Kau masak?" Tanya Amalia. Masih tak percaya yang dia akan makan hidangan seorang lelaki bujang.
"Ye cik gadis, saya masak. Kenapa? Risau saya ada letak racun ke?" Mereka berdua menatap sepasang mata bulat masing-masing. Apa yang berbeza, Amsyar mengukirkan senyuman manis di wajah. Amalia hanya beriak kosong tetapi degupan jantung bagai nak meletup. Ya Allah, siapa je tak cair kalau muka kacak tersenyum manis dan rambut hitam lembut terjurai. Dahi yang berkilat dihiasi manik manik peluh. Hot!
Tambah pula, suara Amsyar garau tetapi pabila berbual nadanya pasti akan berubah menjadi lembut. Soft spoken.
"Kau-"
"Amsyar, Mal! Meh makan dulu, nanti-nantilah bercintanya!" Uncle Isa melaung. Tangan memberi isyarat untuk mereka ke sana. Terkulat kulat Amalia berjalan melintasi Amsyar. Melabuhkan punggung di kerusi sisi Karla.
Amsyar tersenyum kecil. Menggelengkan kepala sendiri. Dia memilih kerusi di hadapan Uncle Isa. "Haa, Arif baca doa." Arah Uncle Isa kepada seorang pekerja lelakinya, bernama Arif.
Mata Arif membulat seketika lalu berdehem perlahan. Tangan menyiku orang sebelah. "Haa, Farziq baca doa" arah Arif kepada rakan di sebelahnya, Farziq.
Farziq menggaru kening yang tidak gatal. "Erh, Syafiqlah baca doa." Rakan yang di hadapan dipandang sekilas. Syafiq yang menundukkan kepalanya tadi laju mendongak memandang Farziq. Dia membuat mulut 'asal aku pula?' kepada Farziq tanpa mengeluarkan suara.
"Karla, baca doa." Ha, sudah. Rakan perempuan pula yang di
"Eh, aku pun kena ke?" Karla memandang wajah rakan-rakan lelakinya silih berganti. Dia ni juga yang disuruh. Itulah, waktu sekolah rendah dulu suka ponteng.
"Ya Allah, bila nak mulanya? Sampai ke subuh lah." Tegur Uncle Isa. Menggelengkan kepala perlahan. Rasa nak ketuk kepala sorang-sorang pekerja. Baca doa makan je pun, haih. Amalia dan Amsyar hanya ketawa melihat karenah mereka.
Kebanyakkan Uncle Isa mengambil pekerjanya berumur antara 16-20 an dari keluarga yang kurang berkemampuan. Hampir semua antara mereka memerlukan kerja untuk menanggung keluarga mereka walaupun dengan usia semuda ini. Ibu ayah mereka tidak mampu untuk mencari rezeki atas sebab kesihatan.
Jadi Uncle Isa dengan rela menerima mereka untuk bekerja di sini. Tak salah. Kalau diajar dengan baik, InSyaaAllah mereka dengar.
Amsyar menadah tangan sebelum mula membaca doa makan. Amalia mendengar suara Amsyar membaca doa, sungguh merdu. Ini baru doa makan belum jadi imam lagi.
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...