Tikar kecil yang sudah dibentang pada tanah yang rata itu digulung kembali. Berpuluh minit jua dia sudah meluangkan duduk di sini, sedekahkan bacaan Yaasin. Amsyar duduk melutut di hadapan dan merenung sebuah kubur milik seseorang. Dan bakal menjadi rumah seluruh manusia jua. Dia tersenyum lebar. Seorang diri.
"Assalamualaikum makcik...Saya Amsyar Neezreeq bin Mohd Arsyad. Kawan Amalia."
"Saya datang ni...bersebab. Dengan niat yang ikhlas dari hati, saya ada perasaan pada anak makcik."
Amsyar ketawa kecil.
"Amalia baik orangnya, hati dia suci...macam makcik juga. Dia seorang yang kuat berjuang, dia tak mudah menyerah. Alhamdulilah, dia kembali senyum. Cantik sangat bila dia senyum, saya pun tak tahu berapa kali saya cair."
Tawa dan senyuman Amsyar perlahan mengendur. Dia ketap gigi. Cuba menahan air matanya dari berkolam. "Saya tak dapat bayangkan kalau saya dekat tempat Amalia. Dia...kuat sangat. Saya tahu, makcik pun tahu kan? Dia selalu menangis depan saya, luahkan dekat saya. Itu adalah perkara paling bahagia buat saya."
"Dan disebabkan itu juga, saya bersungguh nak nikahi dia. Menjadi suami yang sah dunia akhirat buat dia. Makcik, orang yang terpenting untuk Amalia. Jadi, saya patut bagitahu makcik. Saya janji dengan setulus hati, saya sendiri akan jaga, sayang, cinta sebagaimana dia layak. InSyaaAllah."
"Hanya Allah yang tahu betapa saya sayangkan dia. Makcik...jangan risau ye? Saya akan bimbing Amalia hingga ke syurga, makcik simpan tau janji ni."
Amsyar ketawa kecil lagi. "Sebenarnya, saya pun tak tahu sama ada Amalia terima atau tidak. Saya cuma mampu berdoa. Kalau dia dah ditakdirkan orang lain...saya tetap akan doa kebahagiaan untuk dia. Dan mungkin...lepas tu saya dah tak terima cinta sesiapa lagi dah."
"Makcik doakan yang baik-baik ye. Ada masa lagi, saya datang. Assalamualaikum," ucap Amsyar. Dia berdiri dari duduknya perlahan. Kubur milik ibu Amalia dilihat lama. Senyuman tipis diukir jua.
Allah terlalu sayang akan makcik. Saya akan hantar Amalia Narnia bertemu makcik di syurga suatu hari nanti. InSyaaAllah. Kini, dirinya perlu memulakan langkah pertama. Segala jawapan doanya akan dia peroleh dari jawapan Amalia sendiri. Nanti.
***
"Ummi...ummi buat apa je dengan Uncle Isa semalam? Seronok je muka hari ini." Tegur Amalia bersahaja. Meja makan dia lap perlahan sambil menunggu jawapan dari ummi. Dia bercekak pinggang melihat ummi bergelek seakan tiada esok. Ya Allah, ini ke yang nak dijadikan isteri?
Sampah yang disapu ummi pun entah ke mana. Dah berjalan agaknya sebab pelik tengok ummi menari gaya kingkong. Earphone di telinga ummi dicabut. "Ummi, Uncle Isa datang!" jerkah Amalia. Menjerit betul-betul di gegendang telinga ummi.
"Mana?!" Laju ummi berdiri tegak. Lurus. Mata meliar sekeliling mencari jejaka idaman itu. Amalia meletuskan tawanya. Terbahak-bahak dia menggelakkan perangai ummi. Bukan main bila kita panggil pujaan hati dia terus jadi tiang.
"Ish! Mal main-main kan?" Bahu Amalia dipukul kuat. Punya lah seronok dia mengoyang pinggul dia, menari sakan. Amalia ni potong je! Baru je nak segan kalau buah hati tengok dia tadi.
Mahu tak malu. Nasib Uncle Isa lah dapat wanita macam dia. Yang suka menari sambil dengar lagu. Kerja pun hampeh! Tak siap. Leka menari macam Lisa BLACKPINK.
"Lain kali, menari tu tengok kiri kanan. Jangan main menggelek ikut senang diri je." Ummi mencebik. Dah hobi dia macam itu, nak buat macam mana kan?
"Ni, Mal nak tanya...ummi pergi mana semalam dengan Uncle Isa? Bukan main ek lepas dah bercinta ni." Sofa terletak di ruang tamu itu dia duduk. Berehat selepas lelah mengemas apa yang patut.

YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...