Bab 36

2.3K 315 58
                                    

Dengan perasaan yang lama sudah dia tidak rasai selama 14 tahun lamanya. Senang dan nyaman. Tiga minggu sudah hubungan dia dan ayah kembali pulih sedia kala. Gelak tawa, bercerita kisah lama, masak bersama, keluar bersama. Terima kasih pada Amsyar, lelaki yang mengajarnya untuk terus berdiri. Untuk kuat menghadapi ujian. Dan untuk berusaha berdoa dan berharap kepadaNYA sehingga kini.

Tiga minggu bagai berlaku dengan pantas. Sukar untuk percaya. Dia sedar, perasaan sayang, cinta, suka itu menyusur datang sendiri. Melihat Amsyar membuat hatinya tenang. Akhlak, senyuman, personaliti Amsyar sangat menarik dan membuatkan dia berasa sangat bersyukur.

Haih, tak sabar pula nak jadi isteri. Eh! tanda pagar bukan maen.

Imejnya hari ini dilihat lagi dari pantulan cermin. Berdebar pula jantung kecil dia ingin berjumpa keluarga Amsyar. Iaitu bakal keluarga mertua. Sepanjang tiga minggu ini juga dia selalu menanya khabar dan berbual bersama. Itupun cuma hanya dalam talian. Keluarga milik Amsyar sangat kelihatan seperti orang yang baik-baik. Mesra persis Amsyar. Memang bonda dan walid sudah mengajar anak mereka untuk selalu tersenyum. Hati murni.

Amsyar yang tak sabar ingin menemukan bonda dan walid dengan Amalia. Katanya ingin mempercepatkan segalanya. Kuala Lumpur ke Melaka jaraknya jauh, sukar bagi mereka ingin ke mari dan pulang.
Sementara majlis Ezrin dan Uzain akan berlangsung tidak lama lagi, Amsyar mengambil kesempatan untuk membawa Amalia ke kampung mereka untuk berkenal dengan keluarga di sana.

Oleh itu, Amsyar sudah menempah tiket penerbangan untuk mereka berempat ke Melaka. Untuk keselesaan si gadisnya jua.

Amalia menghela nafas panjang. Ingin menenangkan fikirannya. Nak berjumpa keluarga mertua, siapa je tak gementar. Banyak perkara yang berlalu di fikirannya. Ada yang baik, ada yang buruk terlintas. Dalam pada masa yang sama, dia juga ingin mempercepatkan majlis dia dan Amsyar. Kalau boleh, nikah aje terus. Tetapi masalahnya, ada banyak lagi barang yang belum mereka beli atau uruskan. Cakap senang lah, buat itu yang susah.

Dan sepanjang tiga minggu itu jua lah, Uncle Isa dan ummi sudah bergelar suami isteri yang sah. Segalanya pantas mereka selesaikan. Tak sabar agaknya. Ummi juga tidak tinggal bersama Amalia lagi, ye lah dah bergelar isteri tak akan nak berkepit dengan si Amalia pula. Tetapi, ummi juga kerap singgah walaupun sudah tidak bekerja di sini. Katanya, ingin menjadi suri rumah sepenuh masa. Menjaga si suami.

Kalau itu sudah diminta ummi, Erman dan Amalia tidak dapat membantah. Itu yang terbaik untuk ummi. Mereka terima.

Kringg!

Kringg!

Sibuk mengatur awning tudung. Bunyi deringan panggilan membuatkan dia berhenti. Telefon pintar di dalam beg galas hitam dia seluk mencari. Nama yang tertera di skrin telefon membuatkan dia tersenyum. Dia meletakkan telefon di telinga yang berlapik tudung bawal.

"Hello cik gadis. Awak dekat mana?"

Amalia ketawa kecil. "Ada je dekat sini. Aku pergi tandas tadi."

"Oh, ye ke. Risau pula saya, awak ni. Saya tunggu dekat depan pintu ni tau."

Amalia berjalan keluar dari tandas lapangan terbang itu. Dia melimpasi figura-figura yang berjalan sesak di hadapannya. Mata mengeliar hanya mencari satu figura. Pintu keluar itu dia tuju. Ini ke yang dimaksudkan Amsyar?

"Mana? Tak nampak pun?" Soal Amalia masih di dalam panggilan yang belum putus. Leher dipanjangkan melihat sekeliling.

"Sini, cik gadis." Satu suara lembut menyapa di gegendang telinga. Amalia memusingkan kepalanya ke arah datangnya suara itu.

Senyuman lebar manis Amsyar membuatkan dia berdecit kecil. Telefon pintar kembali diletakkan ke dalam beg.

"Dah sedia nak jumpa keluarga saya? Kita nak gerak dah ni." Tanya Amsyar pula. Kening diangkat perlahan menunggu jawapan. Wajah Amalia yang mulai pucat membuatkan dia bertanya.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now