Bab 2

3.8K 506 49
                                    

"Aduhai, lambat dah niii."

Jam yang berada di pergelangan tangannya dikerling sekilas. Sudah dua hari dia bermula belajar disini. Minggu lepas, dia terima surat dari pihak universiti lamanya untuk di transfer ke sini. Alhamdulilah, rezekinya.

Kini, dia mula menyambung pelajarannya yang sudah terbantut beberapa tahun dahulu. Dengan semangat yang baru. Amsyar keluar dari perut kereta milik sepupunya. Buat beberapa hari ini dia meminjam kereta milik sepupunya kerana kereta miliknya rosak dan sudah dihantar ke bengkel. Baru sampai Kuala Lumpur dah rosak, haih.

Rumah pun dia sewa bersama sepupunya, Uzain. Nasib baik dia sudi tinggal bersama. Bukan tidak mahu membeli rumah cuma dia takut membazir. Lagipun, dia datang ke Kuala Lumpur ini untuk belajar sahaja dan mungkin hanya sementara.

Dia melangkah dengan laju mencari tempat dimana kawasan fakultinya berada.

University of Malaya, Medical Centre.

Kaki dihayun melangkah masuk ke kawasan itu. Sepasang matanya meliar mencari official portal nya. Apabila Amsyar ingin membuka pintu itu. Dia ternampak seorang gadis yang sedang berdiri di hadapan pintu. Tangannya kelihatan ingin memegang tombol pintu itu tapi teragak-agak.

Amsyar memandangnya pelik. Dah kenapa tak buka-buka pintu dari tadi. Amsyar menggelengkan kepalanya perlahan sebelum dia yang terdahulu membuka pintu.

Semua mata memandang ke arah pintu masuk yang dirempuh kuat.

"Kamu ni..." Mata milik lecturer itu meniliti badan milik Amsyar atas bawah.

"...siapa?"

"Amsyar Neezreeq, pelajar medical baru." Terasa gentar dengan mata-mata yang masih menumpu ke arahnya. Macam dia buat salah pula.

"Oh...for your information, saya pantang bila pelajar datang lambat. Terutamanya...pelajar baru."

Amsyar menelan air liur kesat. Senyuman aje lah yang mampu dia balas.

Bukkk...

Semua mata beralih melihat pintu itu dibuka sekali lagi tetapi dengan perlahan. Sang gadis di depan pintu tadi melangkah masuk dan menunduki kepalanya sedikit kepada lecturer di hadapan. Hanya kelihatan separuh mukanya, selainnya terhalang dengan hoodie dipakainya.

Amsyar memandang gadis itu lama.

Eh sekejapp... Perempuan tu bukannya yang dekat kedai buku tadi ke? Warna hoodie, tudung, seluar dan kasut warna yang sama!

Amsyar mengukirkan senyuman lebar. Lecturer itu tadi hanya menganggukkan kepala tanda membalas dan gadis itu mula melabuhkan punggungnya.

Dahi Amsyar berkerut pula. Aik, asal dia tak kena tanya pula. Sebab dia perempuan ke?

"Ha, taknak duduk ke?" Lamunannya terputus apabila suara lecturer itu bertanya.

Lantas dia melabuhkan punggung tempat di belakang iaitu tempat yang teratas dan terdekat dengan pintu masuk dan keluar. Lecturer pun melanjutkan pembelajaran yang tergendala itu tadi.

***

"Okay, the end of the class."

" Thank you for your commitment. Also, i hope you guys can understand apa yang saya ajar tadi. Faham dan telitikan semuanya. Okay, boleh bersurai. Terima kasih." sambung lecturer itu lagi.

Ada pelajar yang mula beredar pergi dari dewan kuliah ini, ada yang masih duduk sambung membuat kerja sendiri. Kemungkinan mereka ada kelas atau hanya buat kerja sendiri.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now