Roti bakar yang terhidang di atas meja makan diambil. Disapukan jem ke atasnya. Air teh yang berada di dalam jug dituang ke dalam cawan. "Mal, ummi lupa lah nak tanya hari itu. Ayah Mal nak jumpa Mal kenapa ek?" Wajah Amalia dipandang sekilas bertanya. Dia melabuhkan punggung di kerusi hadapan Amalia.
Amalia menyuapkan roti bakar tadi ke dalam mulut. Dikunyahkan habis kemudian ditelan berat. Dia makan roti ke batu tadi. Nasib tak tersekat. "Pasal exam."
"Exam? Banyaknya exam Mal, budak medik memang banyak exam ke?" Tanya ummi lagi. Bulan lepas ada exam bulan sebelum itu ada test. Memang itu je ke diorang belajar? Tak penat? Kalau dia lah, haih. Nak aje dia jual karipap tepi jalan.
"Mana-mana bidang pun memang banyak exam ummi." Amalia pasrah aje. Walhal, dia pun tak minat sangat dalam bidang begitu. Kerana ayah. Dia teruskan.
"Ya lah. Ayah Mal tanya itu je ke?" Ummi menunggu jawapan. Tak akan ke sana tanya itu aje. Berat sangat ke mulut nak tanya khabar ke apa ke. Anak dan ayah. Bukan orang lain pun.
Kunyahan Amalia terhenti seketika."Tanya itu je lah, kut." Ringkas. Memang selama ini mereka jumpa hanya menanyakan hal universiti sahaja. Amalia terfikir cara dia melayan ayahnya pada hari itu. Jarang sekali ayahnya meninggikan suara padanya, tiba-tiba hari itu perkara tersebut berlaku.
"Itu je? Takkan dia tak tanya keadaan Mal, sihat ke tidak? Okay ke tidak? Dia tak tanya ke?" Bertubi-tubi ummi menanya. Bukan ape, kesian tengok mereka berdua ini. Hubungan dah tidak seperti dulu. Sejak ibu Amalia pergi, semuanya berubah.
Tak teragak-agak Amalia menggelengkan kepalanya. Membalas. Ummi mengeluh berat. "Tak apalah ummi, Mal nak gerak dah ni." Makanan di pinggan Amalia sudah habis dijamu. Dia berdiri dari duduknya. Sinki dapur dituju. Membersihkan apa yang patut.
Usai itu, dia pergi ke atas mengambil beg galas hitamnya untuk beredar ke universiti. Kunci motorsikal disambar. Langkahnya terhenti pabila terdengar bunyi hujan yang lebat kian menurun. Mengubah fikirannya. Amalia menukar kunci motornya ke kunci kereta BMW.
Tak ada rezeki nak merempit.
"Hujan? Tadi elok je cerah." Gumam ummi. Menjenguk ke atas. Melihat awan hitam semakin menebal. Hujan jatuh membasahi bumi.
"Biasalah tu. Ummi, salam." Tangan kanan dihulur kepada ummi. Dikucup berkali-kali.
"Hati-hati tau. Hujan lebat ni, licin. Tak dapat merempit motor. Jangan merempit kereta pula." Pesan ummi sedikit melaung. Bunyi hujan yang kuat membuat sukar suaranya tidak terlalu kedengaran. Amalia ketawa kecil. Tak ke pelik merempit guna kereta. Ada ke?
"Mana ada orang merempit guna kereta ummi." Pintu kereta dibuka lalu masuk ke dalam perut keretanya. Beg hitam diletakkan di tempat penumpang.
"Hati-hati dekat rumah tau. Assalamualaikum." Tangan dilambai kepada ummi sebelum menutup pintu keretanya. Enjin kereta dihidupkan. Amalia menarik nafas sedalam yang mungkin. Degupan jantungnya berasa pantas.
"Kenapa aku rasa tak sedap hati ni." Haih, jangan difikirkan sangat. Tak baik. InSyaaAllah tak ada apa-apa. Amalia menadah tangannya membaca doa menaiki kenderaan sebelum memulakan perjalanannya.
Tidak sampai setengah jam memandu, Amalia sudah tiba di universiti. Dia mematikan enjin kereta. Payung dibuka pantas setelah pintu kereta dibuka.
Setelah memastikan kereta telah dikunci, Amalia berlari kecil ke arah dewan kuliahnya. Habis memercik air ke seluarnya. Pintu dewan dibuka, ternampak beberapa pelajar sahaja baru tiba. Sengaja dia bergerak ke universiti lebih awal untuk membuat sedikit ulang kaji.
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...