Bab 16

2.2K 310 8
                                    

"Dah kenapa senyum-senyum? Nak apa? Nak lempang?" Amalia menyarung sarung tangan khas untuk motorsikal. Memandang ummi sekilas. Yang dari tadi tersipu-sipu dekat depan pintu. Dia siapkan diri sampai nak bergerak ummi tersengih. Seperti ada makna.

"Takda apa lah tapi..." Ummi mengetap bibir. Segan nak cakap! Amalia menaikkan bebola matanya ke atas. Tapi, tapi itu je lah dari tadinya.

"Ya Allah, bagitahu lah ummi. Mal nak pergi dah ni," Tekan Amalia. Letih pula dia menunggu ayat ummi. Cakap tak ada apa tapi masih senyum bermakna. Tak pasal-pasal Uncle Isa cari dia dekat kafe nanti. Eh, sekejap.

Oh!

Amalia membuat muka. Terangguk sendiri. Helmet disarung di kepala. Baru faham kenapa ummi malu-malu gajah dari tadi."Ni mesti nak tanya pasal Uncle Isa kan? Dah bertahun pun masih malu nak tanya dengan Mal, kenapa?"

"Eh, takda lah. Ummi...ummi..."

"Ummi...ummi..." Kaki digosok di lantai. Badan dipusing-pusing. Malu.

"Ummi apa!" Jerkah Amalia sengaja kepada ummi. Kalau tak buat macam itu, sampai hari raya tahun depan pun tak habis. Geram pula dia dibuatnya.

"Ummi nak kirim salam dekat Uncle kau!" Kan senang kalau cakap dari tadi. Ini tidak. Macam ulat beluncas. Bukan tak biasa. Amalia tersenyum lebar. Haih, ummi...ummi. Malu macam budak darjah 5 bercinta.

"Ye lah, nanti Mal kirim salam kasih sayang ummi untuk Uncle Isa, okay?" Sempat Amalia memuncungkan bibirnya. Mengajuk. Lengan Amalia dipukul. Tak semena makin tertunduk kepala ummi ke bawah. Amalia menggosok lengannya berlapik baju. Malu-malu pun berbisa ya pukul. Smackdown baru tahu ummi ni kang.

"Dah, dah. Mal nak pergi dulu. Nanti buah hati ummi cari Mal pula." Amalia mengusik lagi. Bertuahlah ada buah hati. Dia ini? Nak membujang sampai bila pun tak tahu. Kaki diangkat separuh badan. Menaiki motorsikalnya.

"Bye, Assalamualaikum!" Salam diberi. Tangan diangkat melambai.

Setelah tiba di kafe Uncle Isa, helmet dicabut dari kepala. Tudung diperbetulkan dahulu sebelum menapak masuk ke kafe. Kelihatan banyak juga pelanggan yang datang menjamu di sini. Sempat Amalia memberi senyuman kecil kepada pelanggan yang duduk disitu.

"Hai, kak Mal!" Laung Karla di kaunter. Tangan dilambai ke arah figura Amalia yang baru menapak masuk. Dengan senyuman ceria.

Amalia meletakkan jari telunjuk di mulut. Memberi isyarat untuk menurunkan suaranya. Pelanggan pun terus berpaling ke arah mereka pabila Karla memanggilnya. Karla tersenyum malu. Tangan menekup mulut.

Bilik pekerja dimasuk, apron dicapai lantas mengikat ke pinggang. Pabila langkah mahu diatur keluar. Terus terhenti apabila satu bau menusuk laju ke hidung. Bau harum.

Amalia mencari datangnya bau itu, kemudian matanya tertangkap sehelai apron hitam. Dia mendekatkan hidungnya ke apron hitam itu, menghidu. Hmm, wangi! Tapi bau ni, macam kenal. Dia menghidu lagi bau itu, bukan seperti bau wangian yang dijual di pasar. Tetapi lebih kepada bau-

"Eh! Mal buat apa tu?"

Bahu Amalia tersentak mendengar suara tiba-tiba menyapa dibelakangnya. Pantas dia meletakkan kembali apron hitam itu ditempat asalnya tadi. Dia memusingkan tubuhnya memandang gerangan dibelakangnya. Uncle Isa mengangkat kening menunggu jawapan dari Amalia.

"Kenapa? Cemas je muka, why?" Soal Uncle Isa. Menafsir dari wajah Amalia. Seperti menyorok sesuatu.

"Erh, takda apa-apa. Erm, Uncle Isa pergi mana tadi?" Entah dari mana soalan itu datang pun tak tahu. Automatik terkeluar dari mulut.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now