Bab 4

2.9K 476 33
                                    

"Nampaknya dia masih sedar." Kata seorang wanita yang membantu Amalia sebagai jururawat dalam ujian kali ini.

Stetoskop dileher, diletakkan pada sisi kiri separas paru-paru pesakit lelaki itu. "Tanda vitalnya?" tanya Amalia pada jururawat dihadapannya.

"Nadi 140 tekanan 70/40," Jururawat itu memberi jawapan pantas.

"Lung sound kiri dia agak lemah," Gumam Amalia apabila kedengaran bunyi paru-paru kiri pesakit itu perlahan daripada stetoskop nya. Stetoskop ditelinga dilepaskan.

Jururawat itu meletakkan tapak tangannya di dada kanan pesakit. "Doktor-" Belum sempat jururawat itu menghabiskan katanya, Amalia sudah dapat mengagak.

"Tension pneumothorax," Amalia menerangkan apabila dapat tahu simptom-simptom yang dialami pada pesakit itu.

"Bagi dia 10 liter oksigen dengan topeng pernafasan."

Seorang jururawat lelaki itu memandang wajah Amalia sekilas. Dia mengangguk lalu pergi mendapatkan alat yang diarahkan Amalia sebentar tadi.

"Beri dia dua titisan intravena dan ambilkan jarum tolok-24..." Dahi Amalia berkerut, kurang yakin. Dia memejamkan matanya. Lelaki ini kena langgar...kemungkinan dia kena hemotoraks.

"Um no, bagi dia jarum tolok-16." Arah Amalia kepada jururawat wanita itu. Jururawat wanita itu berlari mendapatkan alatan tersebut.

Beberapa saat kemudian, kedua-dua jururawat itu menghulur alatan yang telah diambil oleh mereka tadi kepada Amalia. Topeng pernafasan disarungkan pada pesakit lelaki itu. Picagari yang berisi intravena disuntik pada sisi kiri pesakit lelaki itu.

"Tolong bagi dia chest tube," Pinta Amalia kepada jururawat lelaki itu. Lelaki itu hanya mengangguk tanda faham.

"Tanda vital?" soal Amalia. Mata masih fokus pada tugasnya. Jururawat wanita itu memandang ke arah monitor disitu. "Nadi 120 tekanan 80/40." Wajah manis Amalia dipandang.

"Titisan tadi nampak membantu." Gumam dia perlahan. Perut pesakit itu sedikit ditekan menggunakan tangan yang berlapik sarung tangan.

"Dia mengalami ketegangan otot, kemungkinan juga dia ada pendarahan dalam." Amalia memberi keterangan atas sakit yang dialami pesakitnya tanda tamat sudah ujian untuknya pada hari ini. Wajah Prof. Musz dipandang menunggu jawapan darinya. Hati terasa berdebar.

"Good, you did a very good job! Congratulations Amalia." Puji Prof seraya memberi tepukan kepada Amalia. Tidak dia sangka ujian yang diberi kepada pelajarnya itu dilakukan dengan mudah oleh Amalia. Bukan semua pelajar dapat menyelesaikan dengan baik dan kemas.

Amalia tersenyum lebar. Lega dan gembira mendapat pujian dari Prof atas ujian yang dia lakukan sebentar tadi. Kepala ditunduk sedikit ke arah Prof tanda berterima kasih.

"Terima kasih Prof,"

Prof itu ketawa kecil."Saya boleh nampak masa depan awak cerah Amalia. Okay, nanti saya buat laporan tentang ujian awak. Saya pergi dulu, see you on the next class!" Pamit Prof Musz sebelum langkah diatur keluar dari wad universiti tersebut.

Amalia menolehkan kepalanya ke kiri.

"Terima kasih kak," Wajah senior itu dipandang dan memberi senyuman. Jururawat yang menjadi pembantunya pada ujian sebentar tadi.

"No problem, you really did a great job." Ibu jari diangkat seraya memberi pujian kepada Amalia. Dia tidak sangka Amalia sungguh berbakat dalam bidang ini.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now