Amalia melabuhkan punggung di bangku kayu yang terletak di atas bukit. Mata menuju ke pemandangan gelap yang menenangkan akal fikiran. Segala adegan terlintas, lantas keluhan berat dilepaskan. Angin malam bertiup berkali-kali menempiaskan kedinginan. Terlampau banyak perkara yang berlaku hari ini.
Lebih menikam adalah kata dari seorang ayah. Seorang ayah yang diperintahkan untuk menjaga dan mendidiknya. Kini, melepaskan kebencian ke arah perempuan sendiri.
Dia tahu Allah SWT takdirkan ini bersebab. Tiada perkara ditentuNYA tanpa asbab. Dalam pada yang sama, dia juga dihimpit rasa tenang. Dia berubah menjadi lebih baik. Dulu, acap kali dia terfikir untuk berputus asa. Tiap kali bertemu ujian.
Tapi kini, dia menjadi lebih waras. Kalau dia menghilangkan dirinya sekali pun, untuk apa? Kenapa? Dan apa yang dia dapat? Dia tak akan dapat kebahagiaan atau nikmat dari situ.
Bumi akan terus berpusing, manusia akan terus melangkah, dunia akan terus menyakiti. Ujian akan terus menyapa.
Itu sesuatu yang kita tidak boleh pegang. Kita tidak boleh menolak. Ia tetap datang selagi mana kita mampu menerimanya. Corak kehidupan sebagai hambaNya.
Air ombak yang berdebur menghempas di tepian batu besar. Mendengar bunyi laut, angin dingin pada waktu malam. Hanya ada cahaya lampu di tepi jalan menyinari kegelapan.
Saat ini, dia bangkit dengan rasa bersyukur. Dia bersyukur dia memilih untuk berdiri. Lega terbuku di hati. Mungkin kerana dia sudah melepaskan sesuatu yang dipegangi selama 14 tahun. Allahuakbar.
Sometimes you have to make decision that will break your heart, but will give peace to your soul. Remember that.
Apa yang akan berlaku selepas itu, dia sendiri tidak dapat menjangkanya. Tiada siapa mampu. Siapa akan terus membenci, siapa akan terus pergi.
"Ya Allah, sesungguhnya aku hanya memerlukan pertolongan Mu." Tutur Amalia perlahan. Senyuman lebar terukir di bibir. Langit dipandang lembut. Air mata mula jatuh membasahi pipi gebu. Allah dengar apa yang dia cakap, sentiasa.
"There you are, sweetie..." Suara garau mula menyapa di gegendang telinga. Amalia menoleh pantas. Mata mereka bersabung, Amsyar mengukir senyuman manis untuk cik gadisnya.
Dia mengambil tempat duduk di sebelah Amalia, di kerusi bangku. Dengan saiz bangku yang panjang, boleh memberi jarak antara mereka. Dia menyeluk beg plastik di tangan, aiskrim diambil dan dihulurkan kepada Amalia.
"Nah, aiskrim kegemaran awak."
Amalia menerima huluran itu dengan senyuman kecil. Wajah tenang Amsyar ditatap lembut. Kau... selalu datang pada masa yang tepat, kenapa?
"Macam mana kau tahu aku ada dekat sini? Ummi pun tak tahu ni pantai kegemaran aku." Soal Amalia berbasa basi. Bungkusan aiskrim dibuka. Pandangan diletakkan pada laut ombak yang bergelora di waktu malam.
Dia tidak memberitahu sesiapa tentang tempat ini. Hanya ibu. Ayahnya sendiri pun belum tentu tahu. Orang lain apatah lagi.
"Kalau saya cakap sebab jodoh, kelakar tak?" Soal Amsyar pula, bersahaja. Amalia memusingkan bebola matanya ke atas.
"Tak habis lagi ke jodoh kau tu?"
"Kata-kata kan sebuah doa, cik gadis." Amsyar ketawa kecil. Saya tak pernah main-main dengan kata pada awak, cik gadis. Saya jujur. Dan saya harap awak tahu itu. Hati Amsyar berkata. Turut melihat pemandangan di hadapan mereka.
Ya, indah. Tapi ciptaan Allah di sebelahnya ini, cukup menawan dan berharga untuknya. Langsung tidak ada di mana-mana. "Awak kata, awak suka pantai. Jadi, saya ikut gerak hati saya je lah. Nak cari awak, tapi...terjumpa bidadari pula dekat sini."
![](https://img.wattpad.com/cover/280888641-288-k306583.jpg)
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Storie d'amore[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...