Bab 13

2K 333 28
                                    

Alat kawalan jauh dicapai. Mematikan televisyen tersebut. Tak ada apa yang menghiburkan hati, baik tak payah tengok. Amalia bangun dari sofa hempuknya, langkah diatur ke dapur membuat kopi.

Usai itu, dia pergi ke taman rumahnya dan melabuhkan punggung dibuaian seperti bentuk telur. Kopi yang diminum pun terasa sangat pahit. Lupa letak gula mungkin. Tak apalah, baru serasi dengan hidupnya. Kepalanya tiba-tiba terasa pening. Sakit. Mungkin kerana terkena hujan lebat sebentar tadi atau akibat menangis berlebihan.

Dia menyandarkan tubuhnya dibuaian itu. Dia terfikir bagaimana keadaan ayahnya selepas berita tentangnya tersebar. Mungkin ayahnya turut terkena kecaman atau hanya Amalia yang dibenci ramai.

Huh, everyone doesn't know me, but everyone hated me.

Kesepian Amalia terganggu apabila kedengaran bunyi lonceng dibunyikan. Siapa pula yang datang ni? Mamat tu lagi ke? Haih, kalau dia lagi. Memang nak kena tumbuk. Dia mendengus untuk berdiri. Sejurus dia membuka pintu itu, satu tamparan kuat hinggap di pipinya. Kepalanya terteleng ke tepi. Perit dari bunyi. Dia memegang pipinya itu dan melihat gerangan dihadapannya.

"Kau ni memang tak guna! Kenapa baru sekarang kau nak sebarkan berita sampah tentang kau tu?! Kau nak semua orang tahu yang anak aku mati kena bunuh? Macam tu?" Amuk Puan Raimah, ibu kepada arwah Farsya. Dengan kuat. Jelas nampak ia memang dari hati.

"Raimah, bawa bertenang Raimah." Pujuk suaminya, Encik Azizul. Risau melihat isterinya terlalu marah apabila mendapat tahu perkara yang viral ini. Isterinya ialah seorang pereka fesyen yang terkenal, disebabkan perkara ini banyak pelanggannya membatalkan pembelian. Kerana nama anaknya juga tertera disitu.

Encik Azizul pula bekerja sebagai doktor bersama dengan ayah Amalia. Ayahnya dan Encik Azizul dulu adalah sahabat yang karib, bersama-sama ketika belajar di universiti.

"Bawa bertenang? Itu je awak tahu! Dia ni dah melampau awak tahu tak! Aku bencilah tengok muka kau!" Sambung Puan Raimah lagi. Tubuh gadis itu ditolak sehingga Amalia terundur ke belakang. Seolah biasa dengan keadaan.

"Puan, bukan saya yang-"

"Apa?! Kau nak kata bukan kau yang sebarkan? Habistu siapa? Kau buat semua ini sebab nak orang kasihan dekat kau? Nak orang prihatin dekat kau, kan?! Kau dari dulu memang menyusahkan aku je. Aku bernasib baik takda anak macam kau, kau tahu tak?!"

"Anak aku Farsya... dah mati disebabkan kau! Aku hilang seorang anak aku... kau tahu tak sakit untuk aku nak terima semua ni..." Teresak-esak Puan Raimah menangis di sisi suaminya. Sebagai seorang ibu, pahit sungguh rasanya kehilangan seorang anak yang disayangi. Satu-satunya anak perempuan.

Tertunduk kepala Amalia ke bawah. Rasa di dalam hatinya kosong. Tiada apa-apa. Biarlah orang ingin memakinya, menghinanya. Terpulanglah.

"Kau! Aku benci kau! Kenapa? Kenapa kau buat keluarga aku macam ni...apa yang kami dah buat?"

"Macam mana orang macam kau boleh hidup? Kenapa bukan kau yang mati? Kenapa anak aku..."

"Saya pun tertanya pasal itu juga puan...saya...minta maaf," Kata seakan tersekat. Dia hanya mampu meminta maaf. Dia mengemam bibirnya, menahan air matanya dari untuk tidak keluar.

"Minta maaf kau boleh bawa mati." Dengan kasar Puan Raimah. Menekan kata. Air mata dikesat di pipinya. Mata mencerlung menikam Amalia.

"Kalau aku jadi mak dengan ayah kau, aku malu dapat anak macam kau. Hati busuk." Sambungnya lagi. Bergetar matanya menahan perit di dada. Biarlah orang mengata yang dia kejam. Orang di hadapannya ini berjuta lebih kejam.

"Pakcik minta maaf, Amalia." Ucap Encik Azizul.

Amalia membalas dengan anggukan. Menutup kembali pintu rumah. Kepala disandarkan di pintu lantas terduduk ke lantai. Kaki dirapatkan ke dada sebelum memeluk sepasang kakinya itu.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now