Amalia mengelap manik manik peluh di dahi dan juga yang mengalir di pipinya. Dia melabuhkan punggung di bangku taman itu untuk mengambil nafas seketika. Setengah jam dia berjogging tanpa henti. Penat yang tersangat. Mungkin kerana selama ini dia kerap duduk di kerusi, merenung kertas dan komputernya sampai ke subuh. Entah kenapa tiba-tiba hari ini, dia rasa nak mengeluarkan peluh.
"Aik, dah penat ke bakal isteri saya ni?" Amsyar berlari setempat di hadapan Amalia. Dia terkejut bila Amalia tiba-tiba ajak dia bersenam, berjogging di taman sebentar tadi. Dia tahu Amalia jarang beriadah, mesti badannya cepat lenguh sekarang.
"Hah...duduk lah dulu. Letih lah..." Keluh Amalia perlahan. Botol air yang dibekalnya tadi diteguk rakus. Patutlah orang selalu cakap kena kerap bersenam. Baru sekarang dia faham kenapa.
Amsyar ketawa halus. Dia turut melabuhkan punggung tetapi di rumput hijau. Dia perasan bangku itu hanya bersaiz kecil. Tak elok lah kalau dia duduk rapat dengan Amalia. Mereka belum halal.
"Biasalah itu, otot dan sendi awak baru nak menyesuaikan diri dengan gerakan fizikal." Balas Amsyar lembut. Baguslah kalau gadisnya ingin mula bersenam. Tak ada lah senang dapat penyakit. Dan tak nak lah dia Amalia mengendahkan amalan gaya hidup sihat. Untuk kebaikan Amalia juga.
Sudah sebulan berlalu selepas perkahwinan Ezrin dan Uzain. Habis sahaja majlis itu, Amalia dan Amsyar pulang kembali ke Kuala Lumpur. Mereka juga sudah menetapkan tarikh pernikahan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi. Persiapan juga sudah 70% disiapkan dalam masa sebulan. Semuanya atas jasa keluarga mereka juga. Allah mempermudahkan segalanya. Bonda dan Asyikin membantu Amalia menyelesaikan dalam hal dekorasi, pakaian dan tempat.
Kos majlis dan pembelian perkahwinan segalanya dibayar 30% oleh Erman. Dia sama sekali tidak menyuruh Amalia untuk membayar walau sedikitpun. Amalia satu-satunya anak perempuan yang dia ada dan satu-satunya kebahgiaan dia ada. Dan selebihnya itu, dibayar oleh Amsyar sendiri. Amalia selalu hairan dari mana Amsyar dapat duit sebanyak itu. Tetapi, soalan itu masih belum terjawab.
Selalunya dalam perkara ini semuanya diserahkan pada pengantin perempuan tetapi untuk majlis mereka, Amsyar banyak memberi tangan menolong. Katanya dia mahu sempurna untuk Amalia. Dia mahu dia sendiri siapkan segalanya untuk cik gadis itu.
"Kita tinggal beberapa minggu je ni, kau dah sedia?" Tanya Amalia. Bersandar pada bangku itu.
Amsyar tersenyum lebar. "Saya sentiasa sedia untuk awak. Nervous itu saya dah mula rasa. Doakan saya ye." Belum akad nikah lagi dia dah rasa gugup. Dia hanya mampu doakan kepada Allah untuk dipermudahkan segalanya. Dirahmati dan diberi barakah di setiap jalan.
"Awak pula? Dah sedia nak jadi isteri saya?"
"Kalau kau sedia, aku pun sedia." Dia sendiri melihat persiapan untuk hari bahagianya. Membuatkan dia rasa sebak untuk meninggalkan ayah. Kesilapan ayah langsung tidak terngiang lagi di kepalanya. Dia sudah maafkan dan dia juga nampak perubahan ayahnya. Berat hatinya untuk melepaskan ayahnya berseorangan. Dia tahu Amsyar tidak akan menjauhkan dirinya dan ayah. Cuma perasaan itu...
"Amalia..."
"Saya nak cakap sesuatu boleh?" Amsyar tidak mampu melihat wajah tepat Amalia untuk berkata ini. Dia melihat kolam kecil di taman yang berada di hadapannya. Dia memeluk kaki yang dirapatkan ke dada bidang.
"Apa dia?"
"Saya harap awak terima saya seikhlas hati awak. Bukan, bukan sebab saya ragu. Saya cuma tak nak awak terima lamaran saya hanya mengenang apa yang saya buat. Sebab kalau suatu hari nanti...saya dah tak ada, saya tak mampu nak tenangkan, bahagiakan, senyumankan, indahkan, lembutkan hati awak...awak mungkin tak sayangkan saya lagi. Saya tak nak awak cintakan saya hanya atas kebaikan itu. Awak fahamkan maksud saya?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...