"Mal ni nak pergi mana? Bersiap bagai." Suara ummi bertanya. Berjalan keluar dari dapur. Membawa makanan untuk dijamu ke meja makan. Wajah anak majikannya dipandang sekilas.
Roti bakar dicapai pantas. Punyalah lapar, dari subuh tadi perut tak henti berkeroncong. "Mal nak pergi satu tempat ni. Lama Mal tak pergi. Rindu."
Teruja hatinya untuk mengunjungi ke tempat itu. Rumah yang kerap di singgah sewaktu dia kecil lagi. Bersama ibu. Tempat di mana, dia jarang kembali apabila sudah besar ini. Sementara dia ada kelapangan untuk berehat hari ini, dia merancang untuk pergi ke sana.
Setidaknya dia dapat berjumpa seseorang yang dia rindui. Seorang yang banyak membantunya ketika kecil. Tak akan dia lupa jasa wanita itu.
"Ke mana?"
"Adalah," Ummi mencebik. Itupun nak berahsia.
"Mal pergi dulu tau. Jaga diri. Nanti nak jumpa bakal suami kan? Hati-hati tau." Satu roti bakar dicapai lagi. Dia angkat dari duduknya. Pintu keluar dituju. Ummi mengemam bibir. Bakal suami? Ehek, siapa lagi kalau Abang Isa.
Geli.
Kasut diikat ketat. Kunci kereta dicapai. Rasa malas pula nak menunggang motor. Nak isi minyak lagi. Arh, melambatkan aje. Baik dia naik kereta. Takut kereta itu rosak pula bila lama dah tak dihidupkan enjinnya. Complicated dari perempuan.
Pintu rumah dibuka. Terpacak wajah tampan seorang jejaka. "Ya Allah!" Hampir sahaja wajahnya terkena dada bidang lelaki itu. Memang dah tak reti bagi salam ke nak masuk?
"Kau? Kau buat apa dekat sini?" Amsyar tersengih kambing. Amalia memandang atas bawah pakaian Amsyar hari ini. Baju kemeja putih dan seluar putih. Betul-betul macam bidadara baru turun ke bumi. Lagi, jantungnya berdegup kencang.
"Tak tahu. Kaki ni gatal sangat nak datang sini. Sebab ada awak kut." Alasan. Memang dia datang ingin berjumpa gadis kesayangan dia pun. Wajah cantik Amalia ditatap lama dengan senyuman manis. Satu kenyitan dihadiahkan.
Amalia menayang riak jengkel. Nasib kau kacak kalau tak aku pijak-pijak kau. "Macam mana kau boleh selalu lepas masuk ke dalam? Kau ada kunci pagar aku ek?"
Kalau tak sabar nak berjumpa sekali pun, tak perlu lah masuk ke kawasan rumah. Entah entah mamat ni panjat pagar. Lelaki tetap lelaki. Dilarang!
"Cik gadis saya..." Tangan disilang ke dada. Tubuh dibongkok separas wajah Amalia. Sepasang mata Amalia disabung dalam-dalam. Gadis itu menjauhkan mukanya. Eh, apa dekat-dekat ni?
"Saya yang patut tanya awak. Kenapa tak kunci pagar tu lagi? Kalau ada apa-apa jadi macam mana? Buat saya risau tau." Badan kembali menegak. Nasib dia yang perasan pagar tu tak berkunci. Kalau perompak? Nahas aje lah.
Dan kalau tak berkunci. Mestilah dia masuk je. Lagipun baru kawasan rumah, bukan dalam rumah. Sekurang-kurangnya itu Amsyar. Bukan lelaki yang tak waras.
Amalia terpinga-pinga. "Ma-mana lah aku tahu. Pagar tu tak berkunci..." Haish. Sesak nafasnya apabila ditatap sebegitu oleh Amsyar. Tipulah dia kata dia tak terpikat.
Amsyar tertawa halus. "Tak apa. Lain kali kunci tau. Kalau tak saya sendiri yang datang kuncikan." Balas Amsyar. Sanggup ke dia datang ke sini tiap-tiap hari dengan hanya menguncikan pagar rumah orang? Sanggup sangat, asalkan dia adalah Amalia Narnia.
"Ummi! Amsyar pinjam Mal sekejap boleh?" Seru Amsyar dari pintu besar itu. Tangan dilambai ke arah ummi yang sibuk menjamu selera di meja makan.
"Boleh aje!" Amalia membuntang matanya. Tubuh dibalikkan ke belakang. Mulut dibuat 'What?! Kenapa ummi setuju?'. Dia baru je terfikir nak keluar berseorangan. Cis!
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...