Amalia merebahkan tubuhnya di katil hempuk. Huh, siap juga assignment seminggu lepas. Walaupun, dia tertinggal kelas hari yang lepas. Banyak juga lah tersangkut-sangkut nak faham.
Ting!
Bunyi mesej masuk dari telefon pintar Amalia. Lantas dia mengeluarkan keluhan sebelum berdiri mengambil telefonnya di atas meja belajar. Masa orang nak rehat lah ada pula mesej masuk.
Amalia membuka terlihat mesej dari nombor yang tidak dikenalinya.
014 ### ####
Helloo cik gadis saya.
Siapa pula panggil aku cik gadis ni? Salah nombor ke?
Ting!
Satu lagi mesej masuk.
Ni saya lah. Amsyar bakal suami awak.
Ohh, mamat sengal ni. Pandai-pandai je label diri dia sebagai bakal suami. Siapa nak kahwin dengan dia?
Amalia mula menekan papan kunci membalas mesej Amsyar.
Nak apa?
Ringkas Amalia menanya.
Ting!
Saya nak ajak awak keluar.
Jangan risau saya dah minta izin ummi awak.
Sudi tak?
Tiba-tiba ajak keluar dah kenapa? Memang tak ada hari lain ke?
Keluar sorang tak boleh ke?
Tanya Amalia. Mamat tu kan ada kawan sedangkan dia ni tak ada kawan langsung.
Actually, cousin saya dan tunang dia ajak saya teman diorang beli baju pengantin.
Tapi, saya tak nak lah tengok diorang sweet-sweet
That's why saya ajak awak, cik gadis.
Amalia menjulingkan matanya ke atas sebelum jari lincah menekan papan kunci.
Dah aku ni ada nampak macam tunang kau ke?
Ajak orang lain lah.
Tingg!
Nampak macam tunang tu tak sangat tapi awak lebih kepada bakal isteri saya.
Euw, macam ni ke ayat mengorat perempuan zaman sekarang? Rasa nak baling katil ni kat dia pun ada.
Apa-apa je lah.
Tingg!
Dalam 10 minit lagi, saya sampai ye. Bersiap jangan cantik sangat.
Apa?! Siapa kata aku sudi? Memang nak kena lah mamat ni. Haih. Amalia meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Kaki dibuka ke arah almari. Sekarang, nak buat apa?
Pergi ke tidak? Arh! Dia membuka almari itu dengan perlahan. Dari atas ke bawah mencari pakaian yang sesuai.
"Nak pakai baju apa ni?" Tanya Amalia sendiri. Semua hoodie warna gelap. Seluar penuh dengan seluar hitam longgar. Itu jelah pakaian dia selalu pakai. Dah macam orang tak ada citarasa.
"Ish, sejak bila pula aku peduli sangat tentang outfit aku ni." Dengus Amalia. Tak pernah seumur hidup dia, dia fikir nak pakai baju apa untuk bersiap. Ini semua salah Amsyar.
Amalia menggapai hoodie berwarna beige, seluar hitam longgar dan tudung bawal coklat gelap. Asalkan sedap mata memandang, rembat je lah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...