"Aku..."
Semua pengunjung memasang telinga. Menumpukan perhatian sepenuhnya. Menunggu jawapan. Ada yang sudah dapat meneka, ada yang tersenyum untuk mereka.
"Sudi."
Pap!
Pap!
Pap!
Bunyi letupan kemeriahan. Mereka bersorak keriangan. Melompat-lompat gembira untuk pasangan baru ini. Ummi, Ezrin dan Karla membuat group pelukan sambil melompat. Begitu juga, Farziq, Arif, Syafiq dan Uncle Isa. Akhirnya, doa mereka buat Amsyar dan Amalia kini termakbul untuk mengikatkan dua hati yang kosong menjadi satu hati penuh dengan bahagia.
Amalia tersenyum lebar sehingga ke telinga, menampakkan baris gigi putih bak mutiara. Senyuman yang sudah lama tidak muncul di wajah seorang Amalia Narnia kini terukir kerana seorang jejaka yang mencuri hatinya. Dia menutup telinga mendengar bunyi letupan yang kuat. Dia melihat ke kanan. Fireworks yang bertele-tele di langit malam. Ada jua sesuatu yang membentukkan bentuk hati di dada langit malam itu.
Amsyar tertawa tidak percaya sambil mengemam bibir. Tertawa kegembiraan tidak dapat digambarkan. Nak saja dia terjun ke laut sana. Tangan ditadah, berterima kasih padaNYA. Ya Allah. Dia meraup kasar rambutnya, segan. Ah, siapa je tak malu bila buat depan ramai. Berbulan sudah dia mengenali Amalia langsung tiada kekurangan pada gadis itu di matanya. Sempurna. Allah permudahkan segalanya untuk dia. Sudah membuatkan dirinya percaya yang mereka sudah dijodohkan.
Dia ragu pada mulanya dan lama kelamaan sesuatu jalan mula ditunjukkan mudah dariNYA. Jalan yang dia sendiri tidak percaya untuk peroleh, untuk memegangnya. Rupanya segala doa yang dia pinta, Amalia adalah jawapannya. Dia sentiasa berjanji untuk menjaga gadis ini. Sentiasa. Sampai bila-bila. Dia bagai bidadari di dunia yang diberikan pada diri ini.
Jodoh sentiasa datang pada masa yang tepat. Tidak ada salah masa dalam pengenalan. Itu sudah ditakdirkan.
Sudah tidak tentu nafas jejaka itu. Matanya kembali bersabung merenung silih berganti dua pasang mata jelita Amalia. Dia tersenyum menampakkan baris giginya yang putih bak mutiara diiringi dengan ketawa halus. "Terima kasih, Amalia..."
Amalia membalas dengan senyuman manis. Ya, pilihan ini pilihan yang betul. Hatinya berdegup tika bersama Amsyar, matanya sentiasa tertumpu pada Amsyar dan senyuman yang lama mati kembali muncul pabila berhadapan dengan Amsyar. Tiada lagi lelaki yang sanggup menerima diri yang jahil ini. Hati ini yang sudah lama hancur, tidak dapat dipulih semula.
Tetapi, adanya Amsyar yang menolong, membantu, menceriakan hari yang hitam. Itu sudah membuktikan tiada apa yang mustahil, jika hanya kita berdoa dan meletakkan percaya padaNYA.
"Sama-sama, Amsyar."
Amsyar mengigit bawah bibir, malu. Alahai, jangan lah panggil dia macam itu. Tangan naik menutup mata. Lemah pula lutut dia dekat sini. Guess what? Dia akan kahwin tidak lama lagi! Amalia mungkin belum isterinya yang sah. Tapi, Amalia menerima lamarannya. Itu sudah lebih dari bermakna.
Amsyar mengenyitkan matanya kepada Uncle Isa. Dia tersentak seketika apabila satu nama berlalu di fikirannya. "Oh awak, saya ada satu kejutan untuk awak."
Amsyar memanggil Amalia. Perlahan dia melihat satu figura yang berdiri tidak jauh dari belakang Amalia. Seakan memberitahu Amalia ada sesuatu yang menanti di belakangnya. Dia tidak tahu sama ada Amalia akan suka kejutan seterusnya ini. Tapi, ini untuk kebaikan si gadis itu.
Amalia mengerutkan dahinya. Jangan cakap semua ini prank sudah. Perlahan jua menurut, dia memalingkan tubuhnya ke belakang, melihat tatapan Amsyar.
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...