|| Special Chapter ||

2.1K 192 25
                                    

"Amsyar... tak perlu lah susah-susah jaga makcik. Makcik boleh makan sendiri..." Tolak wanita yang separuh abad yang bernama Masira. Dia tak sangka masih ada lagi anak muda yang berhati mulia seperti Amsyar. Walaupun Amsyar adalah doktor yang bertugas di hospital ini, dia masih prihatin pada setiap pesakit yang ada.

"Tak apalah, makcik. Saya ikhlas buat semua ini." Balas Amsyar dengan senyuman yang menyejukkan hati. Dia tak pernah rasa berat pun menolong orang. Lagipun, seorang anak lelakinya seorang tentera dan sukar untuk menziarahnya di sini, suaminya pula sudah lama meninggal dunia. Simpati itu penuh di dada. Allah menguji Masira dengan kehilangan dan penyakit.

5 tahun yang lalu, Masira disahkan menghidapi kanser pankreas. Dan tahun ini, Masira juga diberitahu kansernya sudah ditahap 4. Masira juga pesakit yang pertama yang dibawah jagaan Amsyar sejak dia officially digelar doktor bedah.

Disebabkan itulah, Amsyar mahu buat yang terbaik. Banyak sudah pesakit yang sudah berjaya dia rawati. Setakat ini, hampir semua pembedahan berjaya dilakukan olehnya.

"Amsyar... terima kasih tau.. jaga makcik. Bertuah bonda Amsyar ada anak macam Amsyar.."

Amsyar ketawa kecil. Dia mencapai botol mineral dan dituangkan ke dalam gelas kecil. Dia hulurkan kepada Masira. "Tak perlu terima kasih pun makcik,"

Antara banyak pesakit yang Amsyar rawati, makcik Masira adalah pesakit yang dia paling rapat. Setiap kali dia ada masa terluang, selalu dia datang ke bilik ini. Dia tahu makcik Masira ini tiada sesiapa lagi di dunia. Sekurang-kurangnya kalau dia ada, dia dapat hilangkan rasa sunyi makcik Masira.

"Amsyar... tadi nurse ada cakap yang esok makcik ada pembedahan betul ke...?" Amsyar terkaku seketika. Dia melihat wajah Masira yang tersenyum dengan perlahan.

"Ya, makcik. Esok makcik ada pembedahan, jam 2 petang. Tapi..." Amsyar tak tergagah untuk menghabiskan ayatnya. Pembedahan ini adalah pembedahan yang besar. Jika gagal, 90% kemungkinan untuk Masira...

Amsyar sudah menelefon anak lelaki Masira yang bernama, Ifhan. Untuk meminta kebenaran walaupun dalam talian. Jawapannya, jika ibunya setuju untuk teruskan, dia juga setuju. Jawapan hanya pada Masira.

"Amsyar... kalau betul sakit makcik tak dapat diubati lagi... tak apa. Makcik redha. Kalau Amsyar mampu... teruskan lah. Kalau gagal sekalipun... sekurang-kurangnya anak makcik tak perlu risaukan makcik lagi..." Ucap Masira dengan nada sayu. Dia terima ketentuan Allah. Dia terima Qada dan QadarNya. DIA tahu yang terbaik.

Amsyar tundukkan kepalanya ke bawah. Entah kenapa hati dia sakit sangat untuk dengar ayat tu dari pesakit dia sendiri. Walaupun dia tahu dia tak ada hak.

Amsyar mengukirkan senyuman palsu. "Makcik... jangan risau. Amsyar akan teruskan pembedahan ini. Sampai makcik sembuh."

"Makcik nak apa-apa lagi? Kalau tak ada, makcik rehat dulu ye," Melihat anggukan dari makcik Masira, Amsyar bangun dari duduknya. Dia turunkan sedikit katil untuk keselesaan Masira. Sebelum dia melangkah pergi keluar dari bilik.

Amsyar mengeluh berat di hadapan pintu wad itu. Masih belum memusingkan tubuhnya ke hadapan. Memejamkan matanya seketika. Dia risau. Risau akan keadaan makcik Masira. Sudah bertahun berlalu, langsung tiada perubahan positif pada Masira. Pembedahan, rawatan, kimoterapi, terapi radiasi dan semuanya cara untuk mengubati sudah dicuba. Langsung tiada perubahan.

Dia takut ada apa-apa jadi. Dia tak mahu rasa kecewa pada diri sendiri.

"Ayah!" Satu suara kanak lelaki membuat Amsyar serta merta memusingkan tubuhnya menghadap ke hadapan. Senyuman laju terukir pabila dia melihat anak lelakinya berlari ke arahnya.

Amsyar melutut satu kaki sebelum mendepa dengan luas untuk menyambut anaknya. "Hello anak ayah!" Tubuh kecil anak lelakinya masuk ke dakapan hangat.

"Amzah rindu ayah tak?"

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now