Bab 39

2.3K 313 73
                                    

"Assalamualaikum, kak Hajah."

"Eh, Waalaikummusalam Husnida! Sampai juga awak ni." Bonda melangkah masuk ke rumah keluarga Ezrin. Ingin menolong masakan untuk dihidang hari esok. Iaitu hari istimewa buat Ezrin dan Uzain, di mana mereka akan dihalalkan.

Asyikin dan Amalia turut hadir menolong apa yang patut. Sekurangnya Amalia dapat mengenal dengan jiran-jiran dan rakan-rakan bonda. Nanti bila dia kahwin dengan Amsyar, tak ada lah diorang menuduh dia tak nak tunjuk muka. Tak sesuai dengan Amsyar. Allahuakbar itulah perkara yang paling dia takuti.

"Sampai lah dah depan mata." Bonda berbasa basi. Amalia mengeliarkan matanya. Ramai juga orang datang malam ini. Meriah betul kalau duduk kampung. Haih, kan seronok kalau dia dilahirkan dari kampung.

Boleh jumpa ramai kawan. Mandi sungai. Tapi, dah terlambat.

"Eh, ini siapa? Anak siapa?" Soal ibu Ezrin. Menunding jari ke arah Amalia. Bukan main cantik anak dara ini. Sejuk aje mata memandang.

"Oh ini, kawan Ezrin dan bakal menantu Hus. InSyaaAllah, tak lama lagi." Jawab bonda pula. Berbisik dengan nada rendah.

"Oh, ini lah dia orangnya..." Husnida, rakan baiknya ini selalu inginkan menantu. Bila Amsyar ada bercerita tentang Amalia pada dia, cerita itu juga sampai ke ibu Ezrin. Perempuan biasalah. Ibu Ezrin juga pernah bertanya kepada Amsyar pabila dia datang berteman bersama Uzain menjemput Ezrin, Amsyar kata dia dah jumpa pilihan hati tapi tunggu masa yang tepat sahaja.

Bila ditanya Amalia ini orangnya macam mana, Amsyar kata Amalia sangat cantik dan jelita. Bagi dia, langsung tiada cacat cela. Luar dan dalaman.

Bila Amalia dah di hadapan mata, MaSyaaAllah. Betul kata Amsyar. Senyuman yang menawan. Mata yang cantik.

"Eh, nak jumpa Ezrin ke? Dia ada dekat bilik atas. Pergi je, ye. Aunty nak berborak dengan bakal mertua awak sekejap." Tersedar dia bila terlalu lama merenung wajah Amalia. Tangan bonda dia tarik perlahan. Bonda pun apalagi, langsung tak menolak malah ikut langkah kawan baik dia tu.

"Ish ish ish. Mesti nak buat sesuatu tu. Dia tinggalkan kita dekat sini." Omel Asyikin perlahan. Menyilang tangan ke dada melihat figura mereka meninggalkan dia dan Amalia di tengah jalan ini.

"Akak nak jumpa kak Ezrin tak? Kalau nak Asyikin boleh tunjukkan jalan." Baru sahaja Asyikin ingin mengajak Amalia menuju ke bilik Ezrin. Amalia menolak.

"Eh, tak ape. Biar je dia berehat. Esokkan hari bahagia dia." Halang Amalia lembut. Kalau dia berjumpa dengan minah itu, sampai esok tak habis dia bercerita. Masa hanya dibuang dengan bertele-tele dari gadis itu.

Biarkan dia cukupkan rehat. Mesti tengah nervous itu. Lagipun niat dia datang bukan nak jumpa Ezrin, dia datang nak menolong.

Asyikin mengangguk perlahan. Setuju. Siapa je tak tahu perangai Kak Ezrin itu macam mana. Tapi, kalau kita kenal dia lebih mendalam dia memang seorang yang penyayang. Bertuah abe Uzain dapat dia.

"Dah, jom kita tolong apa yang patut." Hujung baju Asyikin, Amalia tarik. Langkah dituju ke dapur. Tepat juga pada waktu itu, mereka di situ memerlukan banyak lagi orang untuk membantu memotong ayam-ayam menjadi beberapa bahagian.

Tanpa banyak bicara, Amalia dan Asyikin hanya menuruti arahan mereka. Hampir semua yang duduk di situ wanita yang berusia. Suku darinya kelihatan berwajah yang sebaya dengan Amalia dan Asyikin. Sudah setengah jam berlalu, masih ada lagi beberapa ekor ayam yang perlu dipotong dan dibersihkan.

Asyikin mendekati bibirnya ke telinga Amalia. "Mana bonda ni? Ponteng ke?" Amalia ketawa kecil seraya menggeleng.

"Ada dekat luar kut."

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now