Bab 8

2.7K 387 38
                                        

Dr Erman hanya memandang figura anak perempuannya pergi begitu sahaja. Perkara yang sama berlaku. Salah dia juga cepat menengking Amalia. Mungkin stress kerana kerjanya. Dr Erman meraup wajahnya lagi dengan kasar. Sampai bila kita nak jadi macam ni.

Amalia mula masuk ke dalam lif. Punat tingkat bawah sekali di tekan. Amalia menyandarkan badannya pada dinding lif itu. Mata ditutup sebelum mengeluh berat. Dia tak tahu kenapa dia rasa begitu pedih apabila ayah meninggi suara sebegitu sekali. Penting sangat ke ujian itu daripada perasaan anak sendiri. Mal minta maaf ayah.

Ting!

Pintu lif sudah terbuka. Amalia kembali menegakkan tubuhnya. Kaki kanan melangkah keluar tetapi terhenti apabila terpacak wajah seorang jejaka yang dikenali Amalia.

Dr. Hisyam.

"Eh, Mal. Awak buat apa dekat sini? Jarang awak pergi hospital ayah sendiri." Tanya Hisyam diselit dengan nada gurauan. Lagipun betul lah, memang jarang Amalia pergi ke hospital ini melainkan atas hal tertentu.

Amalia menjulingkan matanya ke atas. Kaki berjalan dengan lebih pantas ingin mengelak dari Hisyam. Haih, mamat sorang ni lagi!

"Shut up,"

Hisyam mencebik. "Fine, habis itu awak buat apa dekat sini?" Kaki hanya mengikut Amalia dari belakang. Sempat juga dia memberi senyuman kepada orang yang lalu lalang.

"Bunuh orang."

Mata Hisyam membuntang. "What?!" Amalia mendecit kecil apabila Hisyam menjerit seperti perempuan. Itu tak apa, masalahnya orang disekelilingnya turut memandang ke arah mereka. Jangan pula diorang ingat mereka berdua sepasang kekasih. Euw.

"Hish! Diam sikit boleh tak? Orang tengoklah!" Bisik Amalia. Mata menikam tajam ke mata Hisyam. Helmetnya dipakai apabila tiba diparkir motorsikalnya.

"But, seriously? You killed people?" Tanya Hisyam lagi. Amalia memandang wajah terkejut Hisyam yang kelihatan begitu hodoh. Amalia tersenyum nipis sebelum mengeluarkan sarung tangan dari poket hoodienya lalu menyarungkannya pada tangan.

"Kau betul ke doktor ni? Fikir macam tak pakai otak. Agak-agak lah aku nak bunuh orang. Kalau ye pun aku nak, you will be the first person." Dia bergurau atau tidak pun dia tidak tahu. Kalau tengok masa sekarang ini, memang dia nak bunuh mamat ini. Jari telunjuk dihala pada Hisyam.

Hisyam hanya menggaru keningnya yang tidak gatal. Tersenyum janggal."Manalah tahu. Eh, awak naik motor je ek? Kereta mana?"

"Malas." Sepatah Amalia menjawab.

"Malas? Naik kereta lagi selamat tau."

"Sama je lah. Kereta ke motor ke, kalau penunggang atau pemandu dia tak bawa elok, ke junam je lah ceritanya." Balas Amalia meluat. Itu fakta. Kaki diangkat tinggi untuk menunggang motorsikal.

"Oh, okay. Saya sebenarnya nak ajak awak makan tapi hari ini hari Jumaat. Terpaksalah cancel." Hisyam membuat riak cemberut. Hari Jumaat. Hari kebiasaan kemalangan dan kecemasan akan berlaku. Hari yang paling sibuk untuk para doktor dan petugas.

"Mengada. Aku memang tak nak pun keluar dengan kau." Ayat sedikit kasar dilontarkan oleh Amalia. Dan sekali lagi, itu fakta. Hisyam berpura-pura memegang dadanya seperti sakit menusuk ke jiwanya.

"Auch!"

Amalia menayang muka menyampah. Drama dari Arfan Hisyam. Hisyam meletuskan tawanya."Dahlah, cau lu. Assalamualaikum." Enjin motor dihidupkan. Helmet ditutup.

Vroomm vroomm

"Byee! Amalia ku~" Jerit Hisyam kuat. Tangan dilambai tinggi ke arah Amalia. Dia menggelengkan kepala perlahan. Dia pula terasa malu kerana Hisyam. Doktor ke pesakit hospital gila ni?

Light Of My life [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang