01 || ⚔️

7.8K 261 6
                                    

SETAHUN KEMUDIAN

"Dee.." Puan Delayna memanggil anaknya yang tidak diketahui keberadaannya. Puan Delayna hendak memasak ayam masak kicap yang digemari anaknya itu tapi ada beberapa bahan yang tidak cukup didapur.

Hazel Madeena yang berada ditandas itu mendekati ibunya.

"Ye ibu? Kenapa ni? Sorry lah Dee tak dengar sebab Dee tengah basuh pakaian." Dia memandang ibunya yang hendak memasak lauk kegemarannya.

"Ibu nak masakkan ayam masak kicap untuk Dee tapi tak ada kicap lah pulak." ujar Puan Delayna perlahan.

"Oh macam tu, takpe ibu masak je apa yang ada dulu nanti petang orang keluar pergi beli barang dapur. Ibu nak ikut?" Soal Dee kepada ibunya.

"Eh tak apalah, ibu duduk dekat rumah saja. Tak larat nak jalan dekat luar." tolak Puan Delayna lembut. Bukan tidak mahu meluangkan masa bersama anaknya, cuma dia tidak digalakkan oleh doktor untuk keluar dari rumah kerana takut habuk-habuk diluar masuk kedalam badannya.

"Ha kalau macam tu tak apalah bu, Dee nak sambung kerja kejap lepas tu solat Zohor then Dee keluar beli barang dapur." Puan Delayna menganggukkan kepalanya, senyuman diberi pada anaknya.

" Puan Delayna menganggukkan kepalanya, senyuman diberi pada anaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"OKAY itu sahaja untuk harini, semua boleh bersurai. Esok saya nak semua yang ada disini buat presentation tentang project yang sama. Kalau ada yang excuse, kita tangguh dahulu. Terima kasih." ucap Adyen lalu dia mengemas mejanya dibilik mesyuarat tersebut sebelum berlalu ke pejabatnya.

"Bro, kau tak rasa lapar ke ? Dah pukul 1:32 petang ni, aku lapar. Jom lunch." panggil Aiden. Sebenarnya belum waktu lunch lagi tapi dia lapar sangat sebab tadi pagi tak makan breakfast.

"Belum waktu lunch lagi Aiden Dariel Louise." Adyen menyambung menekan-nekan papan kekunci komputernya tanpa memandang adiknya sedikit.

"Kau tak kesian aku ke? Aku laparlah, tadi aku tak makan breakfast." Aiden memuncungkan bibirnya sambil kedua jari telunjuknya disatukan.

BUM

"Hi bitches, miss me?" laung Shawn Skylar Bernard setelah merempuh pintu pejabat Adyen.

"AAAAAA MY KEMBAR TIPU-TIPU!!" Aiden langsung menerpah kearah anak buah abangnya atau lebih tepat, sahabatnya.

BUM

Lagi sekali pintu pejabat Adyen dirempuh oleh anak buahnya iaitu Eden Jaysen Iverson.

"AAAAAAA KEMBAR KITA!!" Aiden dan Shawn membuka luas tangannya untuk memeluk Eden.

"Ha bagus. Hempas je pintu tu, kalau tercabut aku potong gaji kau bertiga." sinis Adyen. Bukan apa, tapi dah berapa kali manusia tiga ekor tu rosakkan pintu pejabat dia.

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now