SETELAH beberapa minggu kejadian itu terjadi, Dee dan Adyen bagaikan putus hubungan. Tidak berhubung satu sama lain.
Adyen termenung memandang jalan raya yang sesak dari bangunan office nya di tingkat atas. Mereka semua baru sahaja pulang dari keluar makan tengahari dan dia sudah tidak ada kerja yang hendak dilakukan, hanya menunggu pekerja menghantar dokumen yang perlu dia semak.
Ethan mengetuk pintu office Ayden dan masuk kedalam office tersebut. Adyen memandang sahaja Ethan yang berdiri dihadapan mejanya.
"Kita kena balik. Now." arah Ethan. Adyen mengerutkan dahinya. Dah kenapa tiba-tiba nak balik. Adyen memandang jam ditangannya, awal lagi.
"Kenapa?" soalnya.
"Mansion kena serang." ujar Ethan. Membulat mata Adyen mendengar ujaran lelaki dihadapannya itu.
"What the fuck!? Yang lain mana?" soalnya lagi. Dia menghentak mejanya lalu menyarung blazer.
"Dah gerak dulu. Takpe relaks, Evan tau ape nak buat. Apa pun kita gerak dulu." arah Ethan. Adyen mengangguk, dia pun tahu apa nak buat.
Mereka berdua keluar dari syarikat itu dan beredar ke mansion mereka. Semasa sampai dihadapan mansion, Adyen mengeluarkan Riffle Handgun yang membolehkan dia menembak dari jarak jauh.
Adyen perlahan-lahan masuk kedalam mansion bersama Ethan melalui pintu rahsia. Mereka berdua berpecah. Ethan dibawah dan Adyen diatas.
Berdas-das bunyi tembakan ditingkat atas membuatkan Ethan turut naik ke atas, namun dia sempat mengunci pintu depan agar tiada satu pun musuh mereka yang keluar. Pintu belakang tiada yang tahu selain mereka kerana pintu itu tersorok.
Adyen mencuba untuk membuka pintu bilik penyeksaan namun dikunci kuat. Dia terpaksa memecahkan pintu tersebut dengan menendang pintu itu. Kunci untuk pintu bilik itu tidaks seperti pintu bilik lain yang mampu terbuka jika ditolak.
Ethan membantu Adyen untuk menendang pintu tersebut. Adyen mengangguk lalu bersama-sama menendang pintu tersebut.
BAM
Sekali tendangan membuat pintu bilik itu terbuka. Kelihatan beberapa anak buah mereka terikat bersama Evan, Eden, Naufal, Aiden dan Shawn yang turut diikat.
Terbuntang mata Ethan melihat kawan-kawannya terikat. Takkan tak mampu lawan? Dia memandang Eden yang menggeleng lemah.
Adyen memandang tajam Aiden, Naufal dan Eden yang cedera parah. Nampaknya mereka bertiga dipukul kuat. Adyen mengarah Ethan untuk melepaskan ikatan tangan Shawn dan Evan.
Kedengaran seperti bunyi seseorang menepuk tangan di belakang mereka. Adyen dan Ethan cepat-cepat berputar memandang gerangan tersebut.
"Hai buddy, long time no see." ucap lelaki itu.
"I'm good, seems like hell is calling you Addy." sinis Adyen.
Dia menayangkan smirk apabila melihat rupa lelaki dihadapannya menjadi merah. Terserlah auranya sebagai seorang ketua mafia.
"Ah dude, I guess you already saw your friends condition. I'm so sorry dude, tak sengaja." ujarnya lalu tergelak kuat. Addy memberi arahan untuk anak buahnya menyerang Adyen dan Ethan yang tidak mempunyai sebarang pertahanan.
Adyen menembak setiap penjuru yang ada musuhnya. Haha nak lawan aku? How much times has you been practicing?
Sementara memandang Adyen dan yang lain leka berperang dengan anak buahnya, Addy mencuba untuk lari dari keadaan haru itu. Belum sempat dia berlari, dia terlebih dahulu ditembak dibahagian paha untuk menghentikan pergerakannya.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...