HARI yang di tunggu oleh semua orang.. hari dimana Dee dan Adyen akan di satukan. Hanya majlis nikah sahaja, mereka tiada masa hendak membuat majlis bersanding.
3 minggu lepas, peristiwa dimana MakSom dibunuh. Di hari yang sama, ia merupakan hari persandingan Naufal dan Ayna.
Bukan tidak mampu bersabar lagi, mereka harus segera balik ke US. Bukannya lari tapi merancang yang lebih baik. Malaysia bukan tempat mereka, di Malaysia juga kegiatan mereka terhalang.
Di US, tiada siapa berani menghalang mereka tapi di Malaysia mereka bakal diburu polis. Kerja mereka juga sudah banyak tertangguh.
Naifal dan Naufal berebut hendak menjadi wali Dee. Alih-alih, Naifal jugak mengalah. Naufal kini duduk berhadapan dengan Adyen dan berjabat tangan.
Mereka semua sudah bersedia. Naufal dan Adyen mengambil nafas sebelum memandang satu sama lain dan mengangguk.
"Adyen Daniel Louise bin Darrel Louise."
"Saya."
"Aku nikahkan dan kahwinkan engkau dengan adikku Hazel Madeena Natasha binti Ahmad Haril Dhafir dengan mas kahwinnya sebanyak RM1 juta tunai dan senaskah Al-Quran." Dee fokus mendengar dan memandang Adyen. Kang salah sebut naya.
"Aku terima nikahnya Hazel Madeena Natasha binti Ahmad Haril Dhafir dengan mas kahwinnya RM1 juta tunai dan senaskah Al-Quran." sambutnya lancar.
"Sah?" Naufal memandang ke sisinya lalu bertanya.
"Sah." jawab Naifal.
"Sah." lagi sekali dijawab Tuan Darrel.
"Alhamdulillah." Ustaz Fathul mengetuai bacaan doa. Setelah tamat membaca doa, Adyen membuat sujud syukur beberapa minit sebelum mendekati Dee.
"Jangan gosok mata Dee." bisiknya. Dee mencebik bibir sebelum tergelak kecil. Orang lap air mata je pun!
"Assalamualaikum husband." Adyen terkedu sebelum perlahan-lahan menarik senyum.
"Waalaikumsalam wife." Puan Delayna menghulurkan kotak cincin kepada Adyen.
Adyen mengambil cincin itu dan disarung ke jari manis gadis itu. Mereka berdua terdiam sambil tersenyum. Dee pula mengambil cincin dari kotak yang dihulur Puan Adyana dan disarung ke jari lelaki itu.
Dee menunduk mencium tangan lelaki itu. Sungguh dia menghayati hari mereka membuatkan airmatanya jatuh di tangan lelaki itu. Adyen meletakkan satu tangannya di kepala gadis itu sebelum mencium ubun-ubun gadis itu.
"Finally.. I promise, I will always protect you. I love you my Hazel." ayat itu menyentuh hati gadis itu. Dia menangis tersedu-sedu.
Adyen menolak bahu gadis itu perlahan untuk memandang wajah Dee. Dia terkejut memandang wajah merah gadis itu.
"Kenapa?" soalnya panik. Dee memeluk Adyen erat dan menyembunyikan wajahnya di leher lelaki itu.
"Awak! Tak baik.. ayat awak buat saya nangis." Mereka semua tergelak.
Ambil masa beberapa minit jugaklah nak biar gadis tu tenang. Adyen menepuk-nepuk bahu gadis itu.
"Pose sikit, nak ambil gambar. Lepas tu dah boleh bersurai." arah Marka, suami Dahlia. Dia menjadi photographer untuk hari itu memandangkan dia sangat bagus dalam mengambil gambar.
Adyen meletak tangan di pinggang isterinya. Sebelah tangannya membawa tangan gadis itu ke dadanya.
Klik
Klik
Beberapa lagi gambar diambil dengan pose berlainan.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...