DEE hanya memikirkan tentang suaminya yang sudah mengabaikannya selama hampir seminggu. Tipulah jika dia tidak terasa tapi hendak bertanya tentang salahnya sudah tentu membuatnya segan.
"Haih apa pulak aku buat kalini?" keluh wanita itu. Paha anaknya, Hana ditepuk perlahan untuk menidurkan bayi kecil itu.
Hendak menangis, dia perlu kelihatan kuat untuk anak-anaknya. Apakah suaminya itu sudah tidak mencintainya? Adyen bahkan jarang bersua muka dengannya selama seminggu ini.
Buktinya? Suaminya pulang selepas dia dan anak-anaknya sudah terlelap dan jika dia bangun, suaminya sudah pergi kerja. Adyen seakan-akan hendak mengelak darinya.
Klak
Kepala wanita itu langsung memandang pintu yang ditolak dari luar. Adyen..
Adyen memandang jam diatas pintu biliknya. 1 pagi. Kenapa isterinya belum tidur lagi?
"Kenapa kau tak tidur lagi? Dah pukul 1 pagi." soal Adyen dingin. Dee terkedu seketika. 'Kau?'
"I'm waiting for you. We need to talk Mr. Adyen Daniel." balas Dee turut sama dingin. Api dengan api? Terbakarlah jawabnya.
"There's nothing to talk about, pergi tidur. Aku penat, jangan serabutkan lagi kepala otak aku boleh?" tanpa menandang Dee, dia menarik tuala dari penyangkut tuala membuatkan Dee geram.
"ADYEN DANIEL LOUISE BIN DARREL LOUISE! BERHENTI MELANGKAH ATAU AWAK TAKKAN JUMPA SAYA DENGAN ANAK-ANAK MULA DARI ESOK PAGI!?" ugut Dee dengan jeritan yang kuat. Dia peduli apa kalau ahli keluarga mereka yang lain dengar?
"Kau dah beranikan ugut aku? AKU PENAT HAZEL MADEENA NATASHA!" tengking Adyen semula dengan harapan Dee akan takut padanya.. tapi sangkaannya salah. Isterinya malah turut menaikkan suara padanya.
"AWAK CUMA FIKIR PENAT AWAKKAN!? HABIS TU SAYA DEKAT RUMAH NI MACAM MANA ADYEN!? Macam mana..? Saya masak, saya jaga anak, saya bersihkan rumah, saya jaga makan pakai awak.. saya pun penat Adyen." suara wanita itu mulai mengeruh. Tubir matanya terasa panas sahaja tapi airmatanya sedaya upaya ditahan daripada mengalir.
"Jadi kau dah penat galas tanggungjawab kau?" soal Adyen sinis.
"Kalau saya penat galas tanggungjawab saya, dah lama saya tinggal awak dengan anak-anak ni. Awak jangan sampai saya sendiri yang tawar hati dekat awak Adyen. Saya tak teragak-agak nak tinggalkan awak walaupun saya perlu pergi sampai hujung dunia sekalipun. Jangan fikir penat sendiri, awak bukannya bujang lagi. Dah ada isteri nak kena fikir penat isteri jugak." ujar Dee perlahan. Kepalanya ditundukkan, matanya tidak mahu memandang wajah Adyen yang berubah keruh.
"Saya tak tahu sama ada saya yang buat salah atau awak yang dah berubah hati. Saya minta seandainya awak dah tak perlukan saya, lepaskan saya. Saya tak mahu jadi isteri nusyuz yang tetap bertahan dalam perkahwinan walaupun saya dan suami saya dah tiada perasaan antara satu sama lain. Kalau awak cakap penat, saya pun penat. Seminggu ni saya rasa macam janda. Saya tidur baru suami saya balik, saya bangun suami saya dah jalan. Saya penat sangat Adyen. Saya minta maaf untuk salah saya harini, saya nak tidur." tanpa menjalankan rutinnya sebelum tidur, dia langsung melangkah ke katil.
Rutinnya? Salam tangan suaminya, kucup tangan itu, kucup pipi suaminya, peluk kemudian tidur.
Dee mengangkat Hana dan dibawa ke bilik bayi disebelah. Beberapa minit kemudian, dia masuk semula dan mengambil telefonnya.
Wanita itu hanya mengabaikan pandangan dari suaminya dan langsung keluar dari bilik tanpa sebarang kata.
Kali ini dia tekad dengan perkataannya. Dia tidak akan tidur dengan suaminya sehingga lelaki itu menurunkan egonya untuk menyelesaikan masalah mereka.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...