ADYEN duduk di pejabatnya sambil memandang Dee yang kebosanan di sofa. Siapa suruh gedik nak ikut? Bukannya lama pun aku dekat office.
"Lama ke lagi, nak balik." soalnya. Sudah banyak benda dia buat masih lagi dia bosan.
"Sabar, ni main." Adyen menghulur iPhone nya lalu memandang semula monitornya.
"Nak download game." ujarnya. Adyen menganggukkan kepala.
"Adyen, meeting dah nak start." panggil Ethan. Dia memandang Dee yang khusyuk bermain game.
"Dee tunggu situ, jangan pergi mana-mana. Jangan keluar, toilet ada dekat situ, nak tidur dalam ada katil. Jangan ikut orang yang kau tak kenal. Aku meeting kejap." arah Adyen tegas. Wanita itu mengangguk walaupun sebenarnya dia tidak berapa dengar.
Beberapa jam kemudian, dia mematikan telefon Adyen dan dimasukkan kedalam poket. Lapar, nak buat air dekat mana eh? Susu je, ibu larang minum berkafein.
Dia keluar dari pejabat dan pergi ke meja hadapan. Em.. nak tanya ke tak eh?
"Nak tanya. Dapur dekat mana? Er kantin ke dapur? Eh apa-apa jelah." dia bertanya kepada seorang gadis yang memakai skirt hitam ketat paras betis dan blouse merah. Namanya Tyna. Bettyna.
"You ingat I kaunter pertanyaan ke?" soalnya sinis. Dee terkebil-kebil sebelum menjeling gadis itu.
"Tanya je, dapur dekat mana?" soalnya lagi.
"Kau nak air ke? Nak sangat air?" Dee memandang sahaja. Tyna mengambil airnya yang masih panas-panas suam lalu di simbah kearah Dee.
"AUCH!" Dee segera memundur kebelakang. Dia memandang tajam Tyna yang tersengih sinis.
"Lain kali cari sendiri." Dee terpandang abangnya dan yang lain naik ke tingkat atas.
Dia mengalirkan airmata lalu berlakon. WAHAHA! Siapa suruh cari gaduh.
"Saya tanya je kan! Nak simbah air panas kenapa!?" Jerkah Dee. Dia mengusap tangannya yang memerah.
"Dee!" Adyen segera mengangkat tangan Dee yang merah itu. Dia memandang tajam kearah Tyna.
"Apa kau buat ni Tyna?"
"I-i.."
"APA YANG KAU FIKIR KAU TENGAH BUAT!?" lelaki itu menengking Tyna lalu menarik tangan Dee ke dalam office. Tangisnya semakin menjadi-jadi akibat panas air tadi. Okay, ni tak tipu. Ni nangis betul ye kawan-kawan.
"Sakit.. saya tanya dia dekat mana saya boleh buat susu tapi dia simbah saya dengan air panas." adunya. Dia mendesis apabila tangannya terkena air paip.
"Kan dah cakap jangan tanya atau bercakap dengan orang yang kau tak kenal."
"Saya nak minum je!" bentaknya. Dia memukul dada Adyen lalu duduk di tengah-tengah Naufal dan Naifal dengan bibirnya yang memuncung. Merajuk!
"Meeting dah habis, jom balik." ujarnya. Mereka mengangguk.
"Berapa hari lagi saya berpantang?" soalnya.
"1 hari." 3 hari lepas, dia mengajak Adyen nonton 365 days tapi lelaki itu tidak mahu. Apa kata dia cuba ajak Shawn.
"Shawn! Jom nonton 365 Days." Shawn yang sedang meneguk air itu tersedak. Naufal menepuk-nepuk belakang Shawn.
"Ap-apa?"
"No! Tak boleh! Kan aku cakap, tunggu dah kahwin baru kita nonton sama-sama." ujar Adyen.
"Siapa nak kahwin dengan awak? Kita tak nak, awak dah marah kita." ujarnya.
"Mana ada lah sayang, tak marah pun." pujuknya. Dee langsung tersenyum.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...