SEMALAMAN dia tidak dapat tidur kerana tidak sabar untuk pulang ke Malaysia. Bayangkanlah, dia sudah penat dari hospital pulang balik lepas tu pergi office pukul 12 tengah hari balik pukul 10 malam buat kerja dekat office. Balik-balik nak rehat, nak berkemas lepas tu nak tidur tapi mata tak boleh tutup jadinya mata dia layu jelah tapi tak tidur juga.
Dee turun ketingkat bawah sambil memakai dress labuh berwarna kelabu dan membawa luggagesnya. Ya, sebentar lagi mereka akan pulang ke Malaysia menaiki private jet milik King Arnold.
"Mata kamu sembab, kamu tak tidur ke?" King Arnold menyedari cucunya yang sedang menahan kantuk. Dee menggeleng perlahan, tiada tenaga mahu bersuara.
"Semalam kamu balik lewat, nasib pintu istana tidak ditutup." ujar King Arnold. Dee menunduk menekur lantai. Dia turut memuncungkan sedikit bibirnya.
Grand-pére marah kita, tak mahu kawan grand-pére lagi.
"Sudah, tak payah merajuk. Sini." panggilnya. Dee mendekati datuknya lalu masuk kedalam pelukan King Arnold. Last peluk grand-pére pun masa grand-mére meninggal dulu. Itupun sewaktu dia berusia 5 tahun, sekarang dia sudah berusia 22 tahun.
"Gedik.. dah besar pun nak manja-manja." gumam Merguerite. Levi disebelahnya mengetuk kepala sepupunya itu.
"What the fuck is wrong with you Levi?" soalnya. Panas hati. Tiba-tiba ketuk orang kenapa.
"Why the fuck are you talking like that to my princess? Kau tau tak? Kedudukan kau tu bawah tapak kaki dia. Stupide." Lelaki itu menjeling sepupunya yang kelihatan terkedu.
"Kenapa ni Levi?"
"She's talking bad about you." balas Levi mendatar. Dee memandang Merguerite dari atas sampai kebawah lalu dijelingnya. Dee mengaut tangannya di tangan Levi dan Leo.
Baru 3 bulan bertemu, mereka bertiga sudah terlalu rapat seperti belangkas. Sepupu yang lain tidak diendahkan.
"PJ dah sampai, mari." panggil Prince Arthur. Mereka semua masuk kedalam PJ tersebut.
Dee meletakkan luggages nya ditepi kemudian baring dikatil. PJ itu sungguh besar hingga memuatkan mereka sekeluarga.
Dee mengurut kepalanya yang terasa pening. Dia takut.. kemarin sewaktu dia bertemu dengan doktor peribadinya, doktor itu mengatakan bahawa barah otak nya sudah meningkat ke tahap dua. Mereka harus membuat rawatan secepat mungkin kerana jika sel penyakit itu mencapai ke tahap tiga, besar kemungkinan sel itu akan merebak ke hati atau organnya yang lain.
Perlahan-lahan airmatanya mengalir.. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Semakin lama semakin teresak-esak. Dia buntu, bagaimana hendak memberitahu ibunya dan yang lain.
Penat menangis. Mulutnya terkumat-kamit membaca surah Al-Quran.. akhirnya matanya tertutup perlahan-lahan. Selamat tinggal..
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...