DEE memandang risau anaknya yang tiba-tiba demam panas. Cool fever dilekat di dahi dan belakang leher bayi itu.
"Macam mana boleh demam sayang.." ujar Dee perlahan agar suaminya tidak terganggu. Baru saja pukul 1 pagi tadi anaknya merengek-rengek entah kenapa. Dee langsung ke bilik sebelah untuk memujuk si kecil itu dan dibawa ke biliknya.
Kini sudah 3:10 pagi, Dee masih lagi bersama anaknya. Adyen yang nyenyak dipandang lama. Kepala dia tundukkan mengucup puncak hidung mancung suaminya sekilas.
"Sayang.." panggil Adyen perlahan. Matanya terbuka perlahan-lahan memandang isterinya. Jam di dinding dipandang, 3:15 pagi.
"Kenapa tak tidur ni?" soal Adyen dengan suaranya yang serak-serak basah.
"Ni ha Ayden dengan Adden demam. Hazel tak boleh tidur, risau." balas Dee. Adyen membuka selimutnya lalu memandang anak-anaknya yang tertidur diatas katil.
"Sayang tak tidur dari pukul berapa?" soal Adyen lembut.
"Pukul satu.." balas Dee takut-takut. Dia tahu suaminya tak suka dia tidur lewat.
"Hazel.. sekarang Hazel tidur. Abang tengok-tengokkan babies. Hazel tu mengandung, kena cukup rehat. Abang ni tak apalah." tubuh Dee ditolak lembut agar wanita itu berbaring. Selimut ditarik menutupi tubuh Dee.
"Tapi.. abang tolong tengok-tengokkan tau?" soal Dee lagi hendak memastikan suaminya berkata benar.
"Ye sayang jangan risau." dahi bersih Dee dikucup lama hingga wanita itu tertidur.
Kini dia tahu serisau apa ibunya dulu jika mereka sakit. Sehingga tak mahu tidur, kemudian mereka membesar dan tanpa sedar menyakiti hati si ibu.
Mungkin ibunya tertawa tapi dengan rasa risau disimpan kemas-kemas dalam hatinya agar si anak tidak terasa. Apa lagi yang patut dia lakukan untuk membalas jasa ibunya?
"Ddy.. mmy shweep?" soal Ayden dengan mata terkebil-kebil. Adyen mengalihkan pandangan memandang anak sulungnya.
Adyen mendukung Ayden lalu mengangguk. Panas tubuh anaknya.
"Ye mummy sleep, Ayden tak boleh kacau mummy okay? Ayden main dengan daddy, tak pun tidur. Dah lewat ni." balas Adyen lembut sahaja.
"Yen shweep." balas Ayden, mulutnya menguap besar lalu dia meletak kepala di bahu Adyen. Adyen tersenyum memandang perlakuan anaknya yang sangat manja.
"Dah besar anak-anak daddy.. cepat je masa berlalu." ucap Adyen. Keluhan dilepaskan, bolehkah dia merasakan momen ini dengan lebih lama? Dia tak mahu anaknya cepat membesar.
DEE duduk di buaian luar rumahnya sambil membawa gitar kayu. Dia rindu ayahnya.. sungguh.
Gitar mula dimain, matanya memandang langit sekilas.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...