"GOOD MORNING WORLD!!" Shawn yang baru bangun menjerit dari atas biliknya lalu turun ke tingkat bawah. Naufal menggeleng perlahan.
"Perangai memang macam babi." guman Naufal namun didengari oleh Eden.
"NOPAL CAKAP PERANGAI KAU MACAM BABI." adu Eden kepada Shawn. Perangai memang sekepala. Membesar mata Naufal. Dia bertindak hendak memukul kepala Eden disebelahnya namun belum sempat perkara itu terjadi, Shawn yang berada di tangga terlebih dahulu mengejar Naufal.
Mereka yang lain menyambung makan tanpa menghiraukan Shawn dan Naufal yang berkejaran.
"Lambat masuk office buat push up sampai 1000 dalam bilik aku." ujar Adyen lalu mengangkat pinggannya dan ditaruh di sinki dapur. Mereka memang tidak mempunyai orang gaji tetap.
Mereka sekarang berada di banglo mewah milik Louise's yang diduduki oleh mereka serta anak-anak dari keluarga tersebut.
Naufal dan Shawn langsung menghabiskan makanan mereka. Shawn tersedak kerana terlalu banyak menyuap bijirin kedalam mulutnya tanpa menelan dahulu. Naufal menghulurkan segelas susu kepada Shawn lalu mengangkat mangkuknya ke sinki.
Setelah siap bersarapan mereka semua menyalam Puan Adyana Louisa dan Tuan Ayden Louise dan memakai kasut masing-masing lalu bergerak tempat kerja mereka.
"GOOD morning ibu. Ibu masak apa tu?" soal Dee sambil memeluk ibunya dari belakang. Puan Delayna mencium dahi anak gadisnya. Itu merupakan habitnya ketika melihat anaknya di waktu pagi.
"Ibu masak ayam masak kicap untuk bekal anak ibu ni. Sarapan ibu buat pancake with chocolate sauce." balas Puan Delayna. Dee mengangguk lalu menyiapkan pinggan untuk ibunya meletakkan beberapa keping pancake di pinggannya.
"Harini jalan dengan siapa? Kereta tak ambil lagi kan?" soal Puan Delayna mengingatkan anak gadisnya.
"Grab jelah bu. Siapa lagi nak hantar?" balas Dee ringkas. Secawan susu coklat dihirup.
Telefon yang berbunyi menarik perhatian Dee. Panggilan tersebut diangkat didepan ibunya.
"Hello, yea goodmorning." sapanya.
"Morning, any plans for today?" soal Adyen dari panggilan telefon tersebut.
" Saya ada kelas mengejut. Kenapa?" soalnya. Adyen mengangguk perlahan
"Tak, ingat nak bawa kau ambil kereta kau tapi takpe masuk class dulu. I'll pick you up by eight." balasnya lalu menamatkan panggilannya.
"Sayang ibu rapat ke dengan Adyen?" soal Puan Delayna kepada anaknya. Dee menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada persoalan ibunya.
Bagaimana mereka boleh tinggal dalam keadaan mewah bahkan dia mempunyai duit untuk membeli barangan yang boleh dikategorikan sebagai barang mewah seperti kereta, telefon berjenama Apple dan lain-lain. Ini kerana ibunya merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Raja Perancis.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomansaTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...