53 || ⚔️

2.4K 73 0
                                    

DEE duduk di pangkin kayu Puan Aisyah yang berada di hadapan rumah wanita itu dengan tangan memegang pisang goreng. Hannah dan Hana dibiarkan baring diatas lapik bayi agar badan mereka tidak sakit.

"Tadi Hawa nampak ada kereta hitam dekat luar tu tapi dah takde." ujar gadis bernama Hawa Nawwarah. Hawa Nawwarah merupakan anak kepada jiran Puan Aisyah yang sangat sopan santun.

"Kereta hitam?" soal Shawn semula. Pisang goreng dicecah sambal kemudian digigit. Hawa hanya mengangguk perlahan. Adik tirinya yang berkepit dengan Shawn dipandang sambil hatinya beristighfar.

Adiknya tu tak habis-habis mengacau Shawn, dia takut Shawn tidak selesa sahaja. Lagipun pemakaian gadis itu tidak seperti perwatakannya. Tudung yang labuh tapi tangan sibuk memegang lengan orang.

"Nadya Haura, tangan tu jaga." pesan Hawa tegas. Nadya langsung melepaskan pegangan tangan Shawn. Bebola mata dijuling keatas.

"Ha! Tu kereta hitam tu!" tangan hendak dinaikkan menunjuk kereta hitam yang mengintai mereka. Shawn langsung menarik tangan Hawa ke sebelahnya agar mereka tidak kedapatan.

"K-kenapa..?" soalnya hairan. Tangan Shawn dialihkan dari lengannya.

"Jangan tunjuk, bahaya." Hawa mengangguk faham. Ye encik, baiklah saya faham tapi tolong jangan sentuh. Kena potong dengan papa baru tahu.

Papa? Ye, bapa kandung Hawa Nawwarah. Mamanya iaitu Puan Nawal berkahwin dengan Encik Harris kemudian bercerai setelah kelahiran Hawa dan bernikah dengan bapa kandung Nadya Haura iaitu Encik Nadzim.

Encik Nadzim disahkan menghidap penyakit jantung dan meninggal pada umur 5 tahun Hawa dan 2 tahun Nadya. Setelah 3 tahun kepergian Encik Nadzim, Puan Nawal rujuk semula dengan Encik Harris.

Tapi kasih sayang Encik Harris pada Nadya sikit pun tidak berkurang, hanya sama rata. Kerana itu juga Nadya sering memijak kepala Hawa. Kerana dia tahu, kasih sayang ayah tirinya sama rata.

Adyen mengangkat kepala memandang Dee yang turut memandangnya. Kelihatan tubuh Dee sedikit mengeras apabila Hawa menunjuk kereta hitam tadi.

"Ethan do your work, Hawa, Shawn tolong aku bawa babies masuk." arah Adyen. Berdebar jantungnya memandang kereta tadi. Takkan sampai ke kampung pun nak intip?

Tambah mengeluarkan suara, mereka semua menjalankan kerja masing-masing. Hawa turut terpinga-pinga sambil membawa Hana dalam dukungannya.

Sebaik saja didalam, kelihatan Evan, Sean, Tuan Darrel, Tuan Aidil dan Tuan Akeem di meja bulat sedang berbual. Di dapur pula, ada Puan Delayna, Puan Adyana, Puan Aisyah dan Puan Maryam.

Hawa dan Shawn meletakkan Hannah dan Hana diatas tilam bayi manakala Dee perlahan-lahan duduk disebelah tilam bayi tersebut.

Ting!

Ting!

Terhenti bualan 5 lelaki itu, mereka langsung memandang telefon Dee begitu juga dengan Hawa, Adyen dan Shawn. Dee memandang mereka kemudian perlahan-lahan membuka telefonnya. Air liur ditelan sebaik saja membaca mesej itu.

Unknown Number
: You look so damn hot with sarung batik. Dang, can't wait to have you my dear 😉. How much days for your pantang? 25 days right? See you sayang.

: 📷 photo

Dee meletak telefon diatas lantai. Dadanya terasa berat, terasa bagai susah untuk dia bernafas. Gambar itu, gambarnya memakai sarung batik ditangkap dari jarak jauh tapi cukup jelas melihatkan lekuk tubuhnya yang diedit walaupun hakikatnya tubuhnya tertutup rapi.

"Fuck." carutnya perlahan.

Adyen langsung menghempas telefon itu keatas lantai. Dee yang sudah berubah kelat ditarik ke dadanya. Tangan Dee melingkar di pinggang Adyen. Sebelah tangan Adyen mengusap kepala Dee yang berbalut tudung.

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now