20 || ⚔️

3.7K 118 2
                                    

"ASSALAMUALAIKUM adik-adik. Kak Taca datang ni." Kanak-kanak itu langsung mengerumuni Dee yang berada di pintu.

"Waalaikumsalam, Kak Tacaaa!" mereka memanggil Dee dengan panggilan Taca kerana bagi mereka, Deena bunyinya sangat panjang.

"Ni Kak Taca bawa mainan dengan kek, kita sambut birthday twins. Ni mana Aiman dengan Aira?" soal Dee. Dia meliar-liarkan matanya mencari sosok kembar.

"Aiman dengan Aira ada dekat bilik. Kejap akak panggil." seorang gadis bernama Farhana masuk kedalam bilik dan memanggil sepasang kembar berumur 12 tahun itu keluar.

Dee membuka ikatan kotak kek itu lalu diletak diatas meja. Shawn membantu Dee membakar lilin dan di cucuk kedalam kek. Aiden pula menyusun mainan diatas meja untuk diberi kepada kanak-kanak.

Adyen membantu Dee mengangkat meja ke ruang tengah. Mereka semua melakukan kerja untuk menyambut hari kelahiran kembar itu.

Aiman dan Aira langsung datang dan memeluk Dee.

"Ey adik-adik akak. Happy birthday my twins. Mari kita tiup kek lepas tu akak bagi mainan. Makcik, Pakcik mari lah sini." Dee menolak kerusi roda itu ke tengah.

Mereka beramai-ramai menyambut hari kelahiran kembar itu dan meluangkan masa. Setelah itu, Adyen menghulurkan duit kepada Farhana untuk duit kebajikan kanak-kanak dan orang tua disana.

Dee membagi kanak-kanak itu mainan seorang satu. Dia memandang jam ditangannya, dah nak masuk maghrib.

"Marilah balik." ujarnya pada Adyen. Naifal, Naufal dan Eden yang bermain dengan kanak-kanak itu langsung berdiri disebelah Adyen.

"Hm yelah."

"Kak Fana, kami dah kena baliklah. Takut ibu cari. Nanti insyaAllah ada masa kami datang lagi." Dee bersalaman dengan Farhana yang elok tersenyum.

"Makcik, Pakcik, adik-adik! Kak Taca dah nak balik!" laungnya. Mereka semua mengangguk sambil tersenyum.

Tak pernahlah mereka menangis atau bersedih saat pelawat hendak pulang. Mereka sudah diajarkan untuk tidak menangiskan kepulangan orang.

Dee dan yang lain naik ke kereta dan melambaikan tangan mereka.

Adyen mengangguk lalu memandu keretanya ke jalan raya. Dee langsung melepas kepala hoodie itu.

Adyen memandang gadis disebelahnya tertidur. Masih kelihatan lebam merah di leher gadis itu membuat dia mengeluh.

Nampaknya dia kena tunaikan janjinya 9 bulan lepas. Berkahwin dengan gadisnya.. Shawn dan Aiden saling berpandangan lalu memandang Adyen yang ralit memandu.

"Bro, nampaknya kau kena kahwin dulu sebelum Ayna. Dorang tak kejar Ayna atau Naufal, dorang kejar Dee. Kau tak boleh lindung Dee selagi kau tak kahwin dengan dia." ujar Aiden. Adyen memandang cermin tengah untuk memandang Aiden dan Shawn.

"Betul tu. Lagi satu, takkan sikit pun kau takde rasa sayang dekat Dee? Habis tu selama ni kau selamatkan dia sampai luka kan diri kau tu semua sia-sia lah. And, jangan lupa kau dah janji nak kahwin dengan dia lepas dia sembuh." tambah Shawn. Mereka mengalihkan pandangan memandang Dee yang nyenyak tidak bergerak.

"Sayang tu sayanglah, cinta? Takkan aku nak kahwin dengan perempuan yang aku tak cinta?" soalnya hairan.

"Takpe, lupakan janji tu. Tak perlu kahwin dengan saya, saya boleh jaga diri sendiri jangan risau." ujar Dee tenang. Dia langsung membetulkan duduknya. Dia cuma lelapkan mata, tak sangka dia dapat dengar apa yang dia tak jangka.

"Dee.." Mereka bertiga sudah mati kata. Dee hanya menggelengkan kepalanya. Dia memandang Adyen disebelah.

"Betul apa Adyen cakap, takkan nak kahwin dengan orang yang kita langsung tak cinta? Kalau sayang tu biasa lah, sayang macam abang, adik, mak, ayah tapi cinta ni berbeza. Saya taknak kahwin banyak kali, saya nak sekali je. Saya lagi rela mati daripada kena kahwin dua tiga kali." ujarnya. Sungguh hatinya kecewa, takkan sikit pun lelaki tu takde perasaan cinta dekat dia?

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now