32 || ⚔️

3.3K 99 0
                                    

DEE berjalan dibelakang suaminya. Pisau lipat diselit di stokinnya, Glock 19 pula terselit dipinggangnya. Tangannya elok menggenggam belakang baju Adyen dan sebelah tangannya memegang lagi sepucuk pistol.

Ethan pula berada diatas pokok sebagai headhunter. Evan turut berada diatas pokok seterusnya sebagai headhunter kedua.

Eden, Aiden dan Naufal sebagai assassin. Mereka bertiga terlebih dahulu bergerak ke tingkat atas. Ayna dan Naifal berada di kereta untuk menggodam semua CCTV.

Reena dan Ferhad berjalan dibelakang Dee. Senior Team berjalan di belakang mereka mengikut sususan masing-masing. Shawn sebagai magician ditugaskan untuk mengalihkan perhatian musuh. Haidar sebagai assassin tersorok.

Bunyi tepukan tangan kedengaran. Adyen dan Ferhad menarik isteri mereka untuk bersorok disebalik dinding.

"Tak sangka kau datang."

"Apa yang kau nak Fatiha?" suara dingin Naufal pula kedengaran.

"Aku? Aku nak adik ipar kau." senang saja dia menuturkan ayatnya.

"Kau ingat senang ke nak dapat aku?" desis Adyen.

"Dia tak kacau kau, janganlah kacau dia." Eden pula menuturkan ayatnya.

"Siapa tak kacau aku? Dee? Dia dari dulu lagi kacau aku kau tau tak!" bentak gadis itu.

"Tak tahu." balas Aiden mendatar. Shawn dari atas menahan tawa. Bangsat ni..

"Aku akan pisahkan Dee dengan Adyen walau macam mana pun caranya. Betina sundal tu tak layak dengan Adyen!" marahnya kuat.

BANG

Dee yang tidak tahan itu melepaskan tembakan dibahu Fatiha dari jauh. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menembak langsung ke dada Fatiha tapi bila diingat semula, Fatiha merupakan sahabatnya. Bekas.

"ARGH!" Fatiha memandang Dee yang menembaknya tadi.

"Kau nak main dengan aku ke? No gun allowed." ujar Dee dingin.

Fatiha menarik senyum sinis lalu memandang Dee dari atas kebawah.

"Kau? Nak fight dengan aku? Belum apa-apa dah kalah." luka di bahunya diabaikan.

"Belum cuba belum tahu. Put down your gun, knife or anything." cabar Dee. Adyen sudah memandang isterinya risau.

"Tesoro.." dia menahan Dee yang mengeluarkan pistol dari pinggangnya.

"Saya boleh. Berundurlah." arahnya.

"Dia boleh buat. Kau ingat balik macam mana kau train dia. Sia-sia je kau ajar dia selama ni tapi kau tak bagi dia fight." ujar Evan yakin melalui earpiece. Mereka semua berundur.

Fatiha didekati, dia menekapkan tangannya diseluruh badan gadis itu untuk memastikan tiada alatan lagi disorok gadis itu.

Fatiha memberi tumbukan pada pipi Dee namun laju ditepis. Dee memberi balasan dengan menendang tulang rusuk Fatiha membuatkan Fatiha terduduk.

Dee dipandang tajam dengan muka bengisnya. Baru saja hendak mencapai pistol, Dee menendang pistol itu menjauhi mereka. Fatiha menarik kaki Dee membuatkan gadis itu terjatuh.

"Tak guna.." desis Dee perlahan. Tangan Fatiha yang memegang kakinya ditendang menggunakan bootsnya.

Dia mula memberi serangan bermula dengan tendangan ke pipi mulus Fatiha. Wajah Fatiha ditumbuk bertubi-tubi membuatkan darah mengalir dari mulut Fatiha. Sedikit pun dia tidak memberi peluang untuk Fatiha melepaskan diri.

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now