41 || ⚔️

2.8K 91 0
                                    

2 BULAN KEMUDIAN

Dee meneguk susu didalam gelasnya. Adyen hanya memandang dari jauh memandangkan hidungnya tidak boleh menghidu bau susu ibu mengandung itu. Alahan? Ya benar, dia alah dengan bau susu tersebut kalau tidak dia akan cepat mual.

Gelas isterinya diambil lalu segera dibasuh di sinki tandas. Tadi saja dia sudah memuntahkan isi perutnya tapi dilawan hanya kerana dia hendak membancuh susu untuk isterinya.

Ibu bapa mereka sibuk menjaga Fariha, Ayna dan Reena yang baru bersalin beberapa bulan lepas. Ayna turut melahirkan seorang gadis perempuan bernama Andrea Natasha Louise.

Sebenarnya gadis itu mengandungkan kembar, akan tetapi bayi lelakinya hanya sempat bernafas untuk 2 minggu sebelum bayi itu meninggal akibat demam panas tiba-tiba.

Meraung jugalah gadis itu akibat kematian anaknya yang diberi nama Andrean Madylan Louise. Puas si suami memujuk, akhirnya gadis itu redha setelah dipujuk oleh bapanya.

Andrea juga sudah berusia 1 bulan 3 minggu. Usia kandungan Dee pula tepat 8 bulan. Gadis itu teruja hendak berpuasa dan melahirkan anaknya walaupun terbit rasa takut dalam dadanya.

Adyen melabuh punggung diatas katil. Isterinya yang sedang duduk dipandang. Mereka berada di mansion lagi satu yang berada di tempat sedikit terbuka kerana ada kerja yang hendak diselesaikan.

"Abang.. Zachary dengan.. Calvin takkan ganggu Hazel lagikan? Hazel taknak hilang baby-baby kita.." adunya. Tubir mata gadis itu terasa panas apabila mengingatkan kejadian 2 bulan lepas.

"Tak sayang.. dia takkan ganggu Hazel.." ucapnya. Hatinya turut berdebar mengenangkan isterinya yang hampir keguguran 2 bulan lepas. Memandangkan gadis itu sarat, musuh mereka berkesempatan untuk membunuh bayi-bayi mereka.

FLASHBACK

"Dah ada nama?"

"Ad-" baru saja hendak menjawab, terasa bagai pintu mansion mereka ditolak.

BUM

"WOI BANGSAT, TAK MALU KE MAIN MASUK-MASUK RUMAH ORANG TAK BAGI SALAM? DAHLAH HEMPAS PINTU AKU, KALAU TERCABUT MAK BAPAK KAU NAK GANTI KE BANGSAT?" laung Aiden kuat. Shawn dan Eden mengangguk laju tanda setuju.

"Aku tak peduli, aku nak Dee kalau tak aku tembak perempuan ni." Erika ditarik dari belakangnya. Mulut gadis itu ditutup dengan sellotape. Wajah gadis itu juga sudah kemerahan mungkin ditampar.

"Jangan merepek!" Adyen memegang erat lengan isterinya. Zachary dipandang tajam.

"Nampak macam aku peduli ke? Dee, marilah sini.. ke you nak I cederakan bakal biras you ni?" Zachary tersenyum sinis. Dee sudah bingung hendak menyelamatkan diri dan anak-anaknya atau Erika.

Adyen menggeleng memandang isterinya. Tuan Darrel memandang Dee tenang. Dia tahu apa yang ada di fikiran menantunya. Sungguh gadis itu bijak sama seperti arwah sahabatnya yang merupakan bapa kepada menantunya itu.

Dee melepaskan pegangan Adyen lalu perlahan-lahan mendekati Zachary. Zachary laju mengacukan pistol kepada Adyen yang hendak menarik isterinya semula.

"JANGAN! YOU NAK I, YOU AMBIL I! JANGAN SESEKALI TERFIKIR NAK CEDERAKAN SUAMI I ATAU ERIKA!" marah gadis itu. Zachary menurunkan pistolnya perlahan-lahan.

"Fine.."

"Lepaskan Erika, I datang dekat you." pintanya. Adyen mencerlung memandang Dee yang berani mati itu.

Erika menggelengkan kepalanya laju. Dia tidak mahu membahayakan nyawa bayi-bayi dalam kandungan Dee.

"MPPH!"

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now