52 || ⚔️ ( RAYA EDITION )

2.2K 76 0
                                    

ADYEN meletakkan anaknya didalam baby seat keretanya kemudian masuk ke dalam kereta dan duduk di driver seat.

Mereka semua akan pulang ke kampung nenek angkat mereka iaitu ibu bapa angkat Puan Adyana dan Puan Delayna.

Adyen dan Dee okay sahaja hendak pulang ke kampung tapi Shawn dipaksa pulang. Bukan dia tidak terbiasa dengan suasana kampung tapi Shawn tidak suka dengan seorang gadis kampung itu. Gadis yang terkejarkan dia.

Apabila dipaksa Tuan Darrel dan dipujuk Sean baru dia bersetuju. Dee hanya tersenyum memandang Shawn yang duduk di sebelah seat anaknya memandangkan kereta mereka luas.

Jika ditanya mengapa Shawn hendak mengikut mereka dibanding Sean, jawapannya ialah kerana dia sudah terbiasa bersama Adyen dibanding yang lain apa lagi bila dia dan Sean jarang bersama.

Adyen membaca doa sebelum memulakan panduan untuk ke kampung. Dee menoleh sedikit kebelakang untuk memandang anaknya dan Shawn. Patutlah senyap, rupanya Shawn tengah tidur bersama anak-anaknya yang nyenyak.

"Sayang kalau mengantuk tidur, jangan teman abang. Sayang pun bukannya sihat sangat." arah Adyen. Dee mengangguk faham tapi masih menahan kantuknya. Yelah, gerak lepas subuh macam mana tak mengantuk.

Mereka baru saja selesai solat subuh dan terus bergerak memandangkan Puan Adyana sudah tidak sabar bertemu dengan nenda dan nenek mereka.

Dari Kl hingga ke Kedah mengambil masa 4 jam 42 minit untuk sampai ke kampung jika tidak berhenti di RNR memandangkan jarak Kl dan Kedah ialah 433.6km. Mereka pasti singgah dimana-mana RNR memandangkan setiap isi kereta mempunyai anak-anak kecil.

Dee mencari beg yang terisi jajan yang disediakan Adyen untuknya. Jajan bukan sebarang jajan, jajan yang disediakan Adyen semuanya berkhasiat untuk ibu berpantang.

"Sayang cari apa?" soal Adyen. Mata memandang Dee sekilas sebelum kembali memandang kearah jalan raya.

"Where's my snacks?" soal Dee.

"Tu sebelah Shawn. Dalam beg tu semua sayang punya snacks." balas Adyen. Dee melongo perlahan, besar beg tu berisi semua dia punya?

"Okay.." baru saja hendak berputar, Adyen terlebih dahulu menghalang. Dia lupa ke dia tengah berpantang?

Sebelah tangan Adyen mengawal stereng kereta manakala sebelah tangannya mencapai beg makanan Dee dibelakang.

Beg itu dihulur kepada Dee kemudian tangan yang mengambil beg tadi diletak diatas paha kirinya. Dee mengeluarkan sebalang lactation cookies.

Biskut penyusuan ibu yang dipanggil lactation cookies itu ialah biskut campuran oat dan coklat. Dee mengunyah biskut itu untuk mengisi perut sahaja.

Setelah habis, susu kambing diminum sedikit dan badan disandarkan ke kerusi. Tangan kiri Adyen menarik tangan Dee dan digenggam kemudian diletak diatas paha kirinya.

Dee tersenyum manis. Perlahan-lahan mata Dee tertutup kerana mengantuk.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now