64 || ⚔️

2.9K 65 1
                                    

SEPERTI yang dirancang, mereka pergi ke tasik yang dirancang untuk berkelah.

Mereka datang ke tasik ini pukul 10 pagi dan kini sudah 4:30 petang. Sebentar lagi mereka akan pulang ke resort semula.

"Dee, Adyen mari sini! Makan!" laung Naufal kuat. Dee dan Adyen yang masih di buaian itu hanya mengangguk lalu menghentikan buaian.

Adyen memimpin Dee dengan penuh hati-hati agar isterinya tidak tergelincir diatas jambatan yang licin. Mereka berdua langsung duduk diatas tikar yang disediakan dan mengambil makanan yang diberi Puan Adyana.

"Thanks mommy." ucap Dee. Dia menadah tangan membaca doa sebelum menyuap nasi ke mulut Adyen.

Setelah menyuap Adyen beberapa kali, sisa nasi suaminya itu disuap ke mulut sendiri. Adyen disebelahnya bermain dengan anak kedua mereka, Adden.

Nyatanya, Adyen lebih rapat dengan Hana dan Adden berbanding Ayden dan Hannah. Ayden dan Hannah pula sangat rapat dengan Dee tapi Hana dan Adden turut rapat dengannya.

Anak mana saja yang tidak rapat dengan ibunya? Tiada rasanya. Kemana pun arah tuju seorang anak itu, tetap ibu lah tempat ia bergantung.

Dee hanya memerhati Adyen bermain dengan anak mereka. Sesekali bibir Adyen mengucup hidung mancung anaknya.

Lelaki itu.. yang selama ini ada bersamanya. Menjadi peneman disebalik kesunyian yang ia rasakan. Menjadi penawar untuk luka dalam hatinya. Menjadi penyembuh tangisnya.

Mereka baru bertemu selama 3 tahun dan merasakan sebahagia ini. Baru 3 tahun sudah bahagia, bagaimana jika berpuluh tahun?

Bagi seorang Hazel Madeena Natasha, tiada orang yang mampu menggantikan bagaimana cara Adyen melembutkan hatinya.

Adyen yang berjaya membuatnya melupakan segala dendam, merubahnya dari pendosa menjadi lebih baik, dari seorang pendendam jadi pemaaf, seorang yang sangat kasihan menjadi seorang yang disegani.

Adyen membantu dia menyelesaikan masalah hidupnya, tiada apa yang mampu membalas jasa suaminya itu. Semoga syurga buatnya.

Adyen mendidiknya menjadi lebih baik. Lelaki itu berkerja keras hendak membuatnya bahagia, hendak membuatnya tersenyum dan langsung memohon maaf andai ada kesalahan atau salah faham yang berlaku.

Tidak sekalipun Adyen membenarkan airmatanya menitis ke lantai, lelaki itu yang menadah tangan untuk airmatanya jika dia dalam kesedihan.

Tiada lagi yang mampu mengganti seorang Adyen Daniel Louise dalam hidupnya, hanya dia.

"Khayalkan apa cintaku?" soal Adyen mengejutkan lamunan Dee.

"Khayalkan cinta abang." balas Dee perlahan. Suara gelaknya kedengaran perlahan saja.

"You already got mines, why should you daydreaming of it?" Adyen menyentuh hidung isterinya dengan jari telunjuk.

"Thanks.. for everything." ucap Dee ikhlas. Tubuh Adyen dipeluknya erat. Wajah ditekup di dada si suami kesayangan.

"So sweet hm." ujar Erica tiba-tiba. Aiden disebelahnya dipandang.

"Apa tengok-tengok? Nak aku sweet dengan kau ke? Tak payahlah nanti potong kaki." ujar Aiden tiba-tiba. Erica dipandang, french fries dimasukkan dalam mulutnya.

Tepat pada pukul 5:40 petang, mereka semua pulang ke resort untuk berehat di bilik masing-masing.
ni

DEE memandang kearah bulan yang ditemani bintang-bintang cerah dilangit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DEE memandang kearah bulan yang ditemani bintang-bintang cerah dilangit. Udara yang segar dihirup perlahan.

Masih teringat tentang apa yang berlaku pada hidupnya selama tiga tahun. Tidak sangka, dia dan suaminya sudah setahun lebih hidup bersama.

Banyak yang sudah mereka lalui bermula dari dia sakit, dia diarahkan untuk menjadi pemerintah Perancis yang seterusnya, dia sihat, mereka diserang musuh-musuh mereka, mereka bernikah, dia mengandung, anaknya lahir, mereka diserang lagi dan akhirnya bahagia, tapi..

Bahagiakah mereka? Elaina dan Calvin masih diluar. Entah apa yang dirancang mereka.

Dee mengeluh perlahan, tiba-tiba teringat tentang arwah sahabatnya.

'Agak-agaknya kau tengah tengok aku ke Fatiha? Aku rindu kau sangat-sangat. Tak nampak kau dua hari dah boleh buat aku sedih, inikan pula dua tahun..'

Tanpa sedar setitis airmatanya mengalir di pipinya.

"Oh bulan, sampaikan rinduku pada Fatiha. Sampaikan doa dan maafku untuknya." ucapnya perlahan ditemani airmata yang deras.

"Sayang.." suara Adyen memanggil membuatkan Dee menyeka airmatanya laju dan berputar kebelakang.

"Ye abang?" soal wanita itu lembut. Adyen mengepung tubuh isterinya di palang besi balkoni mereka.

"You're crying dear, what's wrong?" bulu mata isterinya yang masih kelihatan basah diusap. Soalan itu benar-benar membuatkan hati Dee serba tak kena.

"I miss her so much abang.." tangisnya tanpa sedikit pun berasa malu. Mukanya ditekap di dada Adyen manakala tangannya mencengkam belakang baju Adyen.

Adyen tahu siapa 'her' dan Adyen hanya mendiamkan dirinya. Entah apa yang hendak dibalas. Setelah beberapa minit membiarkan isterinya menangis, Adyen mengusap kepala wanita itu.

Dee yang sudah tenang berputar semula dan memandang bulan yang masih terang tapi tanpa adanya bintang.

"The moon is beautiful isn't it?" soal Adyen perlahan. Pinggang ramping Dee dipeluk dari belakang. Dagunya dibiarkan diatas bahu wanita itu.

"The moon is really beautiful.. like my love for you." balas Adyen. Pipi Dee dikucup sekilas.

Tubuh isterinya dirangkul kemas dan dibawa ke katil. Jam di dinding dipandang, 11:00 malam.

"Let's sleep, or should we do something?" soal Adyen sinis.

"Ee miang." Dee menjeling suaminya kemudian memeluk tubuh Adyen.

KINI hari ke 5 mereka berada di Bali dan hari ini juga mereka sekeluarga bakal berpisah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KINI hari ke 5 mereka berada di Bali dan hari ini juga mereka sekeluarga bakal berpisah.

"Daddy, mommy jaga diri tau." pesan Dee. Tangan tua mertuanya dikucup hormat.

"Kamu pun hati-hati. Jaga cucu-cucu mommy elok-elok." pesan Puan Adyana semula.

Mereka berpisah di tengah-tengah airport dan masing-masing bergerak ke balai perlepasan.

Puan Adyana, Tuan Darrel serta Erica ke Malaysia semula. Puan Delayna, Ferhad dan Reena ke Perancis. Dee, Adyen, Aiden, Shawn, Ethan dan Eden ke US. Naufal dan Ayna ke Itali.

"Gonna miss all of you guys, bye everyone." gumam Dee.

" gumam Dee

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TBC

P/S: BYE ENGKORANG!

UPDATE: 02092022

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now