"KAU MEMANG ANAK TAK GUNA! KAU TAU DADDA PERLUKAN DIA UNTUK TAKHTA TU, KENAPA KAU LEPAS DIA?" marah Jeffrey pada anak angkat tunggalnya.
"Dia tak salah dadda, dia tak pegang takhta tu. Abang dia yang pegang, dadda tak patut salahkan dia." marah Jerico. Biarpun tubuhnya sudah beberapa kali dipukul, dia tetap kuat utnuk melawan.
"Dia bahan ugutan dadda! Kau memang tak guna, dadda tak dapat maafkan kau. Selesaikan budak ni, Cleo dah lama tak makan." arahnya pada anak buahnya yang hanya memandang.
Mereka memandang satu sama lain, apa yang perlu mereka lakukan? Haruskah mereka menyakiti anak bosnya yang selamani dihormati.
"Kami minta maaf tuan muda.. ini arahan." tubuh Jerico diangkat paksa dan dibawa ke sangkar singa peribadi mereka. Jerico hanya diam.
"Kau semua tak perlu rasa bersalah, ini salah aku yang khianat dadda. Aku janji aku akan keluar dari sini." balasnya ringkas. Mata dipejam rapat merelakan diri terluka. Dia pasrah apabila ditolak kedalam sangkar singa.
Phewitt
Siulan dibunyikan membuatkan singa jantan itu mengaum kuat. Jerico dihadapannya langsung dibaham. Mereka keluar dari kawasan itu kerana tidak sanggup melihat Jerico dibaham singa. Hanya seorang saja yang kekal disitu.
Dia.
Kedengaran suara Jerico menjerit kesakitan. Tubuhnya sakit, hanya Tuhan yang tahu rasanya bagaimana.
Bola yang berada ditangan lelaki itu berubah menjadi kunci. Dia membuka pintu sangkar itu dan menarik Jerico. Singa itu turut melawan tidak mahu melepaskan Jerico yang sudah kekurangan darah.
BANG
BANG
Dua tembakan dilepaskan pada Cleo membuatkan singa itu terlantar diatas lantai yang bergelimpangan darah.
"K-kau buat apa dekat sini.. Shawn?" soal Jerico lemah.
"Jangan banyak tanya. Aku nak bawa kau keluar dari sini." balas Shawn dingin.
Dia memapah Jerico keluar dari tempat itu melalui pintu belakang yang ditutupi perpustakaan. Jaketnya dikoyak-koyak kepada beberapa bahagian untuk mengikat luka Jerico bagi mengelakkan pendarahan berlebihan.
Jerico dihantar ke hospital swasta milik Dee.
"BERSIAP. AKU DAH LAMA BERSABAR DENGAN DIA." ujar Adyen tegas. Dee hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan.
Tangannya yang berbalut simen dipandang. Simen itu akan dibuka tidak lama lagi. Apapun, dia sudah trauma mengikuti peperangan tersebut. Lebih tepat trauma hendak berpisah dengan keluarganya.
Sampai patah tulang tangannya, sudah tentu dia trauma. Semoga ini yang terakhir, tiada lagi selain ini.
"Siapa Jerico yang sebenarnya?" soal Eden bingung.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...