35 || ⚔️

3K 94 1
                                    

2 BULAN KEMUDIAN

Mata dicelik. Tangan meraba-raba meja mengambil telefon. 7:39 a.m.

Baru saja hendak duduk, tangan lelaki itu terlebih dahulu menahan. Dia hanya membuka sebelah matanya.

"Dah lewatlah! Bangun cepat!" arahnya. Tangan Adyen ditolak. Dia berlari mengambil tuala dan berlalu ketandas.

Adyen menguap lalu memandang sahaja pintu tandas itu. Relaks lah, dia bos masuk lewat pun tak apa. Untunglah, bos.

"KALAU SAYA KELUAR HUBBY TAK BANGUN LAGI, HUBBY SIAP EH!" laung wanita itu dari dalam tandas. Bergema suaranya mengejutkan Adyen yang hendak menutup matanya.

Lelaki itu segera turun dari katil dan membersihkan katil. Kecut dengar suara bini macam harimau mengaum.

Beberapa minit kemudian, Dee keluar dari tandas dan memakai baju diganti dengan Adyen yang berlalu ketandas.

Wanita itu berdiri di meja soleknya yang besar itu. Punggung dilabuhkan dikerusi kemudian dia membuka almari skincare nya.

Toner diambil dan diratakan ke wajahnya. Setelah itu, dia mengambil pelembab wajah lidah buaya dan sekali lagi diratakan kewajahnya. Rambut dikeringkan menggunakan hair dryer kemudian dia menggulung rambut menggunakan hair curler seperti biasa.

Wanita itu mengetuk pintu tandas suaminya.

"Saya turun dulu, nak buat sarapan. Apa-apa panggil je. Baju hubby dalam wardrobe." ujarnya. Kedengaran suara Adyen menggumam.

Wanita itu turun ke tingkat bawah. Masih tiada orang bermaksud mereka belum keluar dari bilik masing-masing. Mungkin sedang bersiap? Biarlah.

Dee mengeluarkan bahan-bahan memasak Spaghetti Carbonara dan Fried Crab. Gadis itu memasak tanpa diganggu. Kedengaran suara tapak kaki masuk ke ruang dapur.

"Hubby? Cepatnya siap." gadis itu berputar. Dia terkejut memandang Shawn yang terkebil-kebil.

"Sorry, I ingat Adyen tadi." ujarnya lalu tersengih. Shawn mengangguk lalu mendekati Dee.

"Sedapnya bau you masak. Tak sabar nak makan." sengih Shawn.

"I masak spaghetti je, you nak I masak lain ke?"

"No dah okay. Kalau you nak tahu, spaghetti carbonara ni favourite Italian food I." balas Shawn. Dee membulatkan bibir lalu mengangguk.

Shawn mendekati Dee dan mengambil sebiji tomato milik Dee lalu dicuci dan digigit bagai menggigit epal. Dee yang memandang sudah ternganga. Habislah tomato dia!

"SHAWN! APA YOU BUAT NI!? HABISLAH TOMATO I!" jeritnya. Shawn tergelak melihat wajah Dee berubah merah.

"Sorrylah. Satu lagi habits I yang you tak tahu. I suka tomato." balasnya. Dee memincing mata lalu mengangguk.

"You nak coffee, teh atau susu?"

"Latte." balas Shawn lalu tergelak. Dia duduk di kerusi bar dapur. Dee memincing mata sekali lagi memandang Shawn lalu mengeluarkan serbuk latte dari kabinet dapur.

Air dibuat kemudian dituang ke dalam teko. Spaghetti di angkat ke pinggan dan dihidang di meja makan.

Fried Crab diangkat ke meja lalu dihidang kemudian dia masuk semula ke dapur untuk mengambil cawan dan teko.

Wanita itu memandang Iverson Triplet turun ke bawah. Masing-masing siap berpakaian kerja. Kacak! Eh astaghfirullahalazim Dee, ingat husband.

"Mari breakfast, I nak naik tengok Adyen kejap." pamitnya. Kembar tiga itu duduk di kerusi meja. Dee naik ke biliknya. Kelihatan Adyen sedang memakai tie.

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now