MEREKA tiba di mansion lain milik Adyen. Bukannya dia tidak mahu gunakan mansion tadi, kalau mansion tadi digunakan lagi senanglah musuhnya hendak membuat serang hendap atau menceroboh. Kalau ikutkan mansion tadi hanya 35% meledak, selebihnya sempurna seperti biasa.
Fariha, Fatiha dan Dee telah pulang kerumah masing-masing. Yelah, takkan nak duduk dengan orang yang mereka jumpa baru 2 hingga 3 kali kan?
Mereka sendiri tertanya-tanya apa sebenarnya telah jadi? Kenapa kena tembak tapi taknak buat report polis? Macam mana dorang boleh ada banyak duit sampai ada mansion mewah tu banyak-banyak? Tak tahulah, semua jawapan ada dekat dorang je.
Tok Tok Tok
"Dee, boleh ibu masuk?" soal Puan Delayna setelah mengetuk pintu. Dia perasan ada yang tak kena dengan anaknya setelah pulang tadi.
"Ibu.. masuklah, Dee tak kunci pintu." Dia duduk bersila diatas tilamnya sambil memandang pintu biliknya.
Klak
Puan Delayna menutup pintu bilik anaknya lalu duduk di hujung tilam katil anaknya. Dee langsung membaringkan kepala di peha ibunya.
"Anak ibu okey?" Puan Delayna mengusap rambut anaknya. Muka gadis itu kelihatan seperti kekurangan darah, sungguh pucat.
"Okey je, kenapa ibu tanya?" soalnya hairan.
"Muka Dee pucat, Dee tak sihat ye?" soal wanita itu risau.
"Ibu.."
"Kenapa ni?" Puan Delayna memandang anaknya yang kini duduk berhadapan dengannya.
"Takdelah, kebelakangan ni Dee kerap sangat sakit kepala. Dee muntah pun tak keluar apa, darah je. Batuk pun darah juga, selera makan takde." adunya lirih.
"Ya Allah Dee, kita pergi hospital ya nak?" pujuk Puan Delayna sambil mengusap belakang anaknya. Kenapa tiba-tiba?
"Tak payah lah ibu, sikit je ni."
"Kita pergi. Dengar cakap ibu." Puan Delayna mengambil iPhone 12 pro milik anaknya dan mencari contact yang dikenalinya.
Setelah beberapa kali cubaan mendail nombor telefon kawan anaknya itu namun tidak berjawab, dia mendail nombor telefon seseorang.
Puan Delayna memandang anaknya yang terbatuk itu. 'Tolong.. sesiapa, angkatlah.'
"Hello? Ada apa call malam-malam ni?" soal lelaki dalam panggilan itu.
"Adyen? Ni ibu."
"Ah, ibu. Ada apa?" soal lelaki itu.
"Ibu nak minta tolong bawa Dee pergi hospital. Ibu tak boleh memandu, Dee sakit memang takkan ibu izinkan bawa kereta." ujar wanita itu. Dia memandang anaknya yang berlari ketandas.
"Ibu tak payah lah, Dee okay je." dia menggeleng perlahan dengan perasaan gementar. Dia tidak mahu ibunya khawatir akan keadaannya.
Puan Delayna menjauhkan telefon dari dirinya.
"Tak payah kamu cakap? Kamu tau tak kamu tu muntah berdarah, batuk berdarah semua. Ibu risau keadaan kamu, tolong dengar arahan ibu." Dee mengangguk dan menghela nafas.
"Saya on the way. Siapkan je buku kesihatan Dee, saya tunggu dekat bawah kalau dah sampai." ujar lelaki itu dan segera menamatkan panggilan. Dah kenapa perempuan tu? Sakit apa?
Puan Delayna membuka laci di tepi katil anaknya dan mengambil buku kesihatan gadis itu. Dia turut mengambil tuala bersaiz sederhana dari almari anaknya dan dibasahkan sebelum dia mengelap seluruh muka dan leher anaknya.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...