STILL FLASHBACK
Pukul 1 petang itu, mereka semua telah terpacak didalam Pavilion Mall itu.
"Jom pergi makan dulu!" Riang sahaja suara Eric.
Setelah habis makan, menonton wayang dan bermain dikawasan mall itu, mereka semua masuk kedalam satu mini market untuk membeli jajan yang hendak dimakan semasa dirumah Eric.
"Belilah makanan apa pun, girls jangan malu eh buat cam biasa. Selagi korang tak pegang apa-apa, kau orang tak boleh keluar dari sini." Arah Lucas.
"Betul, lagi satu. Duit kau orang simpan je biar kami yang belanja." tambah Farhan.
"Kita berkumpulan, Eric, Dee dengan Najah. Haziq dengan Aireen, aku dengan Nazirah, Lucas dengan Izara, Farhan dengan Farisha. Dah gerak, sebelum pukul tiga kita dah kena keluar dari sini." cadang Aniq.
"Jap sebelum tu, ingat eh kena keluar sebelum pukul tiga and girls kena ambil apa-apa je. Kalau tak, kau orang balik sendiri." Mereka tergelak mendengar arahan Haziq sebelum masing-masing bergerak dengan kumpulan masing-masing.
Dee langsung bergerak ke rak coklat bersama Najah. Dua gadis itu sangat gemar memakan coklat manakala Dee pula harus menyimpan 5 batang coki-coki didalam begnya. Sehari tak makan coki-coki boleh buat dia tak bersemangat.
"Najah, nak cadbury tak?" soal Dee sambil menunjukkan dua bar cadbury.
"Nak nak." Najah mengambil satu bar cadbury berperisa hazelnut dari tangan kawannya.
Eric mendatangi mereka dengan membawa dua kotak Kinder Bueno berperisa coklat dan coklat putih.
Dee berdiri dihadapan rak coki-coki. Dia mencebik bibir manakala matanya telah berkaca-kaca.
"Eh kenapa ni weh?" soal Eric cemas. Adumak kenapa dah anak orang ni?
"Coki-coki aku dah takde!" nangisnya. Tiba-tiba Farhan mendekati Dee dengan membawa sepaket besar coki-coki kegemaran Dee.
"Nah. Ni last tadi aku nampak so aku ambilkan." ujar Farhan. Dee langsung berdiri dan mengambil coki-coki itu dengan sopan.
"Thanks. Aku sangka habis tadi."
Setelah habis berbelanja, mereka semua bergerak pulang kerumah Eric menaiki kereta yang berbeza-beza.
Eric mengetuk pintu rumahnya dan memanggil papanya.
"Papa? Oo papa? Mak Som, papa mana?" soal Eric kepada pembantu rumahnya.
"Tuan ada dibilik, kejap ya."
Tiba-tiba, seorang lelaki turun ketingkat bawah bersama senyuman yang tidak dapat dijangka.
"Papa, ni kawan Eric. Papa kata nak berkenalankan? Weh kenalkan lah diri korang." Riuh suara lelaki itu.
"Hai uncle, saya Haziq."
"Saya Aniq."
"Saya Lucas, yang tu Farhan. Dia memang pendiam sikit."
"S-saya.. Nazirah."
"Najah."
"Aireen, tu Dee then Izara and last Farisha."
"Haih, senang betul kena perangkap. Hariz, ikat budak-budak ni." Arah lelaki tua itu. Dia, Khalis Khan. Seorang ketua mafia, sungguh haram perangainya.
"Apa ni papa? Apa maksud papa?" soal Eric hairan. Mereka semua mengundur selangkah-selangkah.
"Kau tau tak, kau ni anak haram? Mak kau, aku yang bunuh sebab.. dia larang aku pergunakan kau. Thanks to you sebab aku dah lama berdendam dengan datuk dia ni. Yang lain cuma.. mangsa tambahan." Dia menunjuk Dee yang tidak tahu apa-apa itu.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...