REENA dan Fariha telah pun selamat melahirkan bayi-bayi mereka. Reena dan Ferhad dapat menimang seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Freya Madeleine Natasha binti Ferhad Akhtar.
Fariha dan Naifal menimang seorang bayi lelaki yang dinamakan Felix Keith Madylan dilahirkan ditarikh, hari, dan jam yang sama bahkan diminit yang sama. Bagai tiada beza sahaja.
Dee berniat hendak ke tandas mencuci wajahnya kemudian ke cafe untuk membeli makanan memandangkan mereka semua masih tertidur. Baru saja pukul 6 pagi, macam mana mereka nak bangun.
Semalam hanya terasa sakit kontraksi tapi mereka bersalin pukul 3 pagi. Dee bersengkang mata tidak dapat tidur kerana perutnya juga terasa sakit. Tapi bukan hendak bersalin, hanya senak mungkin anaknya sedang menendang dari dalam.
Adyen baru sahaja dapat melelapkan matanya setelah solat subuh tadi. Sepanjang malam dia menenani isterinya yang sakit perut.
Dee berjalan ke ladies sambil membawa sabun cuci muka dan berus gigi. Selepas Adyen bangun nanti, mereka akan pulang dulu ke rumah.
Gadis itu membasuh wajahnya dengan sabun kemudian masuk ke dalam tandas untuk membuang air kecil. Setelah siap, berus gigi diambil dan diletak ubat gigi diatasnya.
Gadis itu memberis giginya yang putih lalu berkumur-kumur. Setelah siap, Dee keluar dari ladies dan hendak berjalan ke cafe.
Tiba-tiba tangannya ditarik kuat dari belakang dan dibawa ke belakang hospital. Belakang badan gadis itu dihentak pada dinding lorong belakang hospital itu.
Dee mendesis perlahan, pinggangnya diusap lalu gadis itu memandang sosok yang menariknya tadi. Calvin..
"K-kau nak apa!?" bentaknya kuat. Takut!
"Makin seksi eh kau masa mengandung ni.." ujar Calvin bernada sensual. Kedua tangannya menghalang sisi kiri kanan Dee.
"Ak-aku taknak! Aku tak mengandung anak kau! Aku mengandung anak Adyen bukan kau!" marahnya kuat. Dadanya berubah sesak. Bayangan Calvin menyentuhnya dengan kasar tempoh hari bermain di roda fikirannya.
Berubah wajah Calvin. Bukankah Dee sedang mengandungkan anaknya?
"Kau gugurkan anak aku?" soalnya dingin.
PANG
Tangan Dee naik melekap di pipi Calvin.
"Aku tak gugurkan bayi tu! Arwah Fatiha punca aku gugurlah! Dia upah orang tolak aku dari tangga!" Dee berusaha menolak apabila Calvin menjadi agresif hendak membuka t-shirt nya.
Calvin menolak tubuh Dee ke tanah. Dee menjerit kesakitan.
BUK
"Argh.. sakit.." celah kangkangnya langsung dipandang. Tiada darah. Nasib.. Calvin yang bergelut dengan Adyen dipandang.
"Ethan!" panggil Adyen kuat.
Ethan datang sambil membawa satu tali. Adyen mengikat tangan Calvin dari belakang dan diberi kepada Ethan. Dee yang duduk memegang perutnya di tanah dibantu Adyen berdiri.
"Kenapa tak kejut aku nak pergi ladies? Kalau jadi apa-apa dekat kau dengan babies macam mana? Aku takut tau tengok kau takde sebelah aku tadi aku bangun." ujar Adyen dingin.
"Sorry.. saya tak sangka dia ada dekat sini." balasnya serba salah. Perutnya diusap-usap.
"Dahlah, jom. Kita balik rumah, ada benda aku nak urus." ujarnya. Dee mengangguk.
Baru saja hendak berjalan, tubuhnya terasa bagai di awangan. Dee refleks memukul belakang Adyen.
"Abang! Kalau jatuh tadi macam mana ish." rajuknya. Adyen hanya mendiamkan dirinya.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...