PUAN Delayna tanpa sengaja menjatuhkan gelas berisi air merah itu membuat gelas itu pecah. Dia cuma termenung dan tidak sedap hati. Kehilangan anak bongsunya membuatkan dia hampir sakit jantung.
"Auch!" Jarinya berdarah terkena serpihan kaca dari gelas itu.
"Del! Kenapa ni?" Puan Adyana langsing mengambil peti kecemasan lalu mengeluarkan plaster. Dia membantu Puan Delayna membersihkan jari yang berdarah tadi lalu ditutup lukanya menggunakan plaster.
"Kenapa ni Del?" soal Puan Adyana risau.
"Aku.. tak sedap hati. Dee." ujarnya. Mereka berdua sama-sama risau. Anak bongsu mereka hilang.
"Ibu, mommy kenapa ni?" soal Evan.
"Kamu semua taknak cari Dee dengan Ayna sekarang? Ibu rasa tak sedap hati.." adunya. Evan menghela nafas lalu mengangguk.
Mereka semua berada di mansion kerana Adyen tidak mahu meninggalkan sesiapa dirumah daddynya memandang dua gadis itu diculik disitu.
Baru saja hendak ke tingkat bawah, bunyi loceng ditekan. Evan langsung membuka pintu.
"Eh Vanessa.. kau buat apa dekat sini Haidar?" soal Evan dingin.
"Aku tak terlibat dengan perancangan kalini. Semua tu perancangan Fatiha. Trust me bro." ujarnya. Vanessa mengangguk bersungguh.
"Masuk. Terus pergi bawah." Arahnya dingin.
Mereka bertiga sama-sama turun ke tingkat bawah.
"Kau buat apa dekat mansion aku? Mana Dee dengan Ayna?" soal Adyen dingin.
"Semua ni perancangan Fatiha sebab dendam dia dekat Dee dari kecil dan aku takde kena mengena sedikit pun tapi aku tahu dekat mana dorang sekarang. Trust me, aku tak menipu pasal semua ni. Vanessa sendiri pasang alat pengesan tu dekat bawah kereta Fatiha. Sayang, do your work." arahnya. Vanessa langsung mengangguk lalu mengambil laptop untuk mengesan lokasi Fatiha.
Setelah dapat, dia langsung menunjukkan lokasi itu kepada Adyen.
"Hack CCTV dia." Eden mengangguk. Itu bahagiannya menggodam CCTV tempat.
"Er.."
"What?" soal Adyen.
"Ada budak.. tapi siapa?" soal Eden. Dia menunjukkan muka Aafiyah kepada Adyen.
"Ni anak angkat Dee kan?" soal Reena.
"Huh?"
"Yep, budak tu Aafiyah Jeannette. Anak angkat Dee also anak kepada arwah kakak angkat Dee. Budak tu baru 5 tahun." jelas Reena. Mereka semua mengangguk.
"Kita kena war sekarang."
"Aku ikut." ujar Haidar. Adyen memandang Haidar lama. Dia mengangguk kepalanya. Dia percaya sahabatnya itu.
"Kami dah kahwin." ujar Vanessa.
"Bila!?" soal Ferhad kuat. Hampir tersembur air dari mulutnya. Gadis pujaannya sudah kahwin???
"6 bulan lepas.." Vanessa bukan tak tahu Ferhad suka dia.
"Oh.. okay." bakas Ferhad lemah. Reena hanya memandang dari jauh. Dia pula rasa nak nangis.
"Dah jom. Tak sempat plan, buat je macam biasa. Haidar, Adyen, Naifal lead. Ethan, Evan atas pokok macam biasa. Eden hack. Shawn kau tau kerja kau, Naufal, Aiden korang tingkat bawah. Kau.. kau buat lah apa pun. Vanessa macam biasa. Main Senior tau kan nak buat apa? Kawal anak-anak team korang." arah Reena. Mereka semua mengangguk.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...