02 || ⚔️

5.7K 236 3
                                    

"KAU nak aku hantar balik?" soal Adyen. Dee mengangguk perlahan lalu menyandarkan badannya dikerusi kereta itu.

Dee mendesis sambil memegang lehernya yang pedih akibat digigit lelaki tadi. Adyen menoleh memandang Dee.

"Sakit dekat mana?" soal Adyen sambil memperlahankan had kelajuan kereta. Pandangan difokuskan pada Dee.

"Lelaki tu.. tinggalkan bekas lebam dekat leher saya." hidung terasa pedih menahan nangis.

"Oh God!" Adyen menghentak stereng keretanya melepas geram. Kesal, jangan kata itu anak buah musuhnya.

Dee terkejut, tubuh disandarkan pada seat kereta. Dia menolehkan kepala ke tingkap sambil menahan mulutnya dari mengeluarkan sebarang suara.

Beberapa minit kemudian, mereka sampai di halaman rumah Dee. Adyen memarkir keretanya diluar rumah gadis itu.

"Assalamualaikum ibu. Dee balik." Dee mengetuk pintu rumahnya. Puan Delayna membuka pintu untuk anaknya.

"Waalaikumsalam sayang.. Eh tak bagitahu pun nak bawa kawan dia balik? Mari masuk." pelawa wanita itu.

"Assalamualaikum aunty. Saya kawan Dee, Adyen." balas Adyen sambil membantu Dee mengangkat barangnya.

"Oh yelah, saya ibunya. Panggil ibu je." pelawa Puan Delayna. Adyen membuka kasutnya diluar rumah itu lalu masuk kedalam rumah gadis itu.

Dia mengangkat barang yang dibeli Dee tadi lalu diletakkan di dapur. Puan Delayna tersenyum memandang Adyen.

"Aunty.. saya nak cakap sesuatu." dia perlu jujur dengan ibu gadis itu. Puan Delayna mengangguk mengizinkan jejaka muda itu untuk bercakap.

Adyen memandang Dee yang melangkah ke biliknya sebelum berkata.

"Saya.. baru kenal dengan anak aunty petang tadi dan kereta dia rosak dekat tepi jalan jadi saya bawa dia pergi makan dulu sebelum kami pergi beli barang dapur. Masa dekat cafe tadi, dia pergi tandas and.. " Adyen menghela nafasnya perlahan sebelum menyambung ayatnya.

"Ada orang hampir rogol dia. Dee larang saya bagitahu aunty tapi saya tak rasa benda ni patut disorok dari aunty walaupun benda ni akan buat aunty risau. Tapi tak apa, saya dengan kawan saya dah uruskan semuanya jangan risau. Lelaki tadi pun tak sempat apa-apakan anak aunty." Puan Delayna terkejut dengan apa yang disampaikan pemuda itu. Dia mengusap dadanya perlahan. Syukur tidak ada apa-apa terjadi.

Sebak hatinya apabila mengetahui anaknya diperlakukan sebegitu rupa. Dia sudah tua, sudah tidak mampu hendak menjaga anak gadisnya itu. Cukup dia kehilangan 3 orang anaknya, tidak yang satu ini. Bagaimana nanti jika dia tiada, siapa yang hendak menjaga anaknya?

"Terima kasih sudi bantu anak ibu. Kalau kamu tak ada tak tahulah macam mana. Patutlah ibu perasan muka dia monyok dari tadi." Puan Delayna. Adyen mengangguk perlahan.

Mereka berdua duduk berbual-bual di ruang tamu sebelum Dee kembali mendekati mereka.

"Dee dah turun, saya balik dulu ibu. Ada kerja sikit." Adyen meminta izin untuk pulang kerumahnya.

Dee menghantar Adyen keluar rumahnya. Senyuman tawar digulung buat Ayden.

"Terima kasih."

"Jangan nangis. Nanti kau sakit." Adyen mengusap rambut Dee. Dee kemam bibirnya menahan sesak di dada.

"Aku balik dulu." Adyen masuk kedalam keretanya manakala Dee memandang sahaja kereta itu perlahan-lahan menghilang dari pandangannya.

Puan Delayna memandang anak gadisnya yang melangkah duduk dengannya. Dia menarik kepala gadis itu dan dibaringkan di ribanya. Puan Delayna mengusap rambut lembut anaknya itu, kelihatan muka putih berubah kemerah-merahan seakan menahan tangis.

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now