"ALHAMDULILLAH, Puan dan bayi selamat. Hanya pendarahan sahaja walaupun besar kemungkinan puan boleh keguguran tadi memandangkan dia sudah pernah keguguran. Puan boleh tukar baju dan dah boleh discharge. Tuan boleh masuk, saya minta diri dulu." pelawa doktor yang merawat Dee. Kelihatan Dee yang dipakaikan wayar oksigen.
"Sayang okay?" soal Adyen pada Dee yang terbaring. Wanita itu membuka alat oksigen dari wajahnya dan memandang Adyen.
"Okay! Abang taknak tukar baju? Hazel pening bau darah tu." adunya. Adyen memandang tubuhnya dari atas kebawah.
"Bolehlah, kejap abang pergi kereta ambil pakaian." balasnya. Dee mengangguk setuju. Tangan menutup mulutnya yang menguap. Dah pukul 3 pagi, mestilah dia mengantuk.
Bibir Dee dikucup sekilas lalu dia keluar dari wad wanita itu. Dee terkebil-kebil mengusap bibirnya. Telefon Adyen yang ditinggalkan diatas meja diambil kemudian dibuka.
Aplikasi TikTok ditekan. Sementara menunggu Adyen, Dee mengscroll page TikTok suaminya. Sesekali dia menutup mulut akibat blushing apabila page suaminya lalu tentang novel-novel yang dikarang oleh Anjell seperti contoh, Dheo's.
Tentang Dheo's, Dheo yang sanggup merahsiakan hubungan namun kekal menggalas tanggungjawab demi keselamatan si isteri, Nurissa Rose. Gentleman. Dia Tetap Sempurna, wanita sebaik Dara Nailufar yang menerima masa silam suaminya, Eskandar Arasyah walau seburuk apapun.
Dr. Alpha Male, pensyarah bernama Hilman yang terjatuh cinta pada pelajar sendiri sehingga sanggup menjadi knight in shining armour Tristin Hazel. King Haidar? Belum baca lagi.
Bila teringatkan novel-novel tersebut, Dee langsung menekup wajahnya menggunakan bantal. Blushing!
Klak
"Sayang, nak ikut pergi toilet?" soal Adyen. Dee melepaskan bantal dari wajahnya dan memandang Adyen.
"Nak! Hazel tak boleh balik ke?" soalnya semula.
"Boleh tesoro, jom tukar baju dulu." ujar Adyen. Dee diturunkan dari katil pesakit kemudian dipimpin ke tandas luar.
Adyen menghulur beg kertas yang berisi pakaian bersih untuk Dee menyakin pakaiannya. Sementara menunggu, dia terpandang satu sosok hitam mengintip mereka. Jam ditelefon dipandang. 3 pagi. Siapa yang gila nak intip dia pagi-pagi buta?
Terasa bagai seseorang melintas dibelakangnya, Adyen refleks berputar memandang belakang. Ada hantu ke? Penampar karang, hantu yang trauma dengan dia.
Klak
Bunyi pintu terbuka membuatkan Adyen berputar semula memandang depan.
"Adyen.. what are you looking for?" bisik suara itu ditelinganya.
PANG
Tangannya naik menampar sosok pucat ditepinya. Siapa setan ni? Datang dari mana? Best kena penampar?
"Kau nak apa?" soal Adyen pada sosok pucat lesi itu. Sosok tersebut mempunyai darah kering di hidung dan dahi. Adyen memandang kaki sosok itu. Tergantung. Okey, ni hantu.
"Aren't you scared of me?" soal sosok itu dengan nada suara yang melantun-lantun. Seram ye.
"Why would I scared of you? Nak kena penampar lagi ke? Blah." arahnya. Hantu tadi terbang semula kearah lain. Tahu takut.
"Abang!" laung Dee dari dalam. Adyen berjalan masuk kedalam tandas.
"Why?" soalnya.
Dee mengeluarkan telefonnya dari beg kertas tadi. Aplikasi WhatsApp dibuka, dia menekan ikon kamera. Adyen yang faham, langsung meletak beg kertas pakaiannya diatas sinki dan berdiri dibelakang Dee. Tangan dimasukkan kedalam poket seluar tanda dia sudah bersedia.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomanceTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...