29 || ⚔️

3.2K 105 1
                                    

"BISING sia kau semalam. Terasa sendu aku yang single tapi laku ni." Aiden menepuk kuat bahu Naifal.

"Pergi mampos." balas Naifal dingin. Setepek bang.

"Kau pun sama." dia memandang Ferhad yang elok mengunyah gula-gula.

"Berambus." lelaki dingin itu mengabaikan Aiden.

"Babi dua-dua ni. Patutnya aku yang emo, korang dua dah merasa." dia memegang dadanya. Sakit.

"Aku percepatkan tarikh nikah pergi esok tapi majlis lagi 3 hari." ujarnya. Mereka memandang Naufal yang sedang menenguk kopi. Mereka sedang berada diluar rumah untuk minum petang.

Seperti biasa, tempat mereka di kolam kerana kolam itu menampakkan pemandangan indah iaitu sunset. Kini sudah pukul 5:21 petang jadi wajar jika mereka berada dirumah. Waktu pulang kerja pada pukul 5 petang.

Golongan wanita berada di dalam dan bercerita. Mereka melakukan kerja masing-masing. Tuan Darrel turut mengikuti mereka minum petang di kolam.

"Naufal dah bincang masa kamu semua tidur semalam. Ayna, mommy dengan Delayna pun daddy dah bagitahu." sambut Tuan Darrel. Mereka semua menganggukkan kepala. Esok mereka cuti.

"Daddy kenal Khalis Khan?" Adyen menyoal tiba-tiba. Tuan Darrel yang meneguk airnya itu mengangguk.

"Kenal. Dia salah satu pemegang saham terbesar untuk projek baru. Cara dia buat kerja sangat tangkas tapi ada yang tak kena." balas Tuan Darrel. Dia akui sosok lelaki yang sebayanya itu sangat cekap dalam membuat kerja.

"Oh.. we need him dad. We need his explenation sebab Nana cakap apa yang buat Dee trauma dulu berasal dari Fatiha yang suruh Khalis Khan tapi kami perlukan Khalis Khan untuk jujur semuanya." Naufal mengutarakan apa yang terbuku didalam hatinya.

Ting Tong

Mereka mendengar saja bunyi loceng tersebut. Pasti wanita didalam sudah membuka pintu, walaupun mereka tertanya-tanya siapa yang datang.

Kotak? Dee mengambil kotak berbalut merah jambu itu. Ada namanya! Hazel Madeena Natasha, maksudnya untuk dia kan? Dengan senang hati dia membuka kotak tersebut dihadapan mereka semua.

Bau yang tidak menyenangkan keluar dari kotak itu membuatkan dia menutup hidung tapi tangannya masih berkerja membuka kotak itu.

"ARGHH!" jantungnya berdetak laju memandang isi kotak itu. Tangan orang yang masih berdarah! Siapa pengirimnya?

Dee langsung memeluk kakaknya disebelah. Reena menggenggam tangan adik bongsunya yang berpeluh itu. Gadis itu terketar-ketar menahan takut.

Mereka yang berada di kolam segera masuk kedalam apabila mendengar jeritan dari Dee. Adyen memandang tajam kotak yang tergeletak dilantai.

"Bawa dia pergi bilik. Ethan check ni dari siapa." arahnya dingin. Reena mengangguk lalu membawa adiknya naik kebilik. Ethan mengambil kotak itu tanpa perasaan dan dibawa ke tingkat bawah.

"Siapa yang hantar? Macam mana dia tau nama penuh Dee? Setahu ibu, hanya Hazel Natasha." ujar Puan Delayna.

"Saya pun tak tau, kami akan cari jangan risau."

"Ah jangan buat hal, aku nak nikah esok." ujar Naufal mendatar. Perkahwinannya sudah lama ditangguhkan.

"Sabarlah sikit, bukannya saya lari pergi mana-mana pun." pujuk Ayna lembut. Naufal memandang wajah tunangnya tanpa perasaan.

"Aku tak tahan." Aiden terkebil-kebil memandang Naufal disebelahnya. Shawn memukul kuat kepala Naufal.

"Kau nak kahwin sebab tu je ke bodoh?" soal Eden terkejut.

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now