23 || ⚔️

3.3K 113 4
                                    

1 BULAN KEMUDIAN

3 minggu selepas kejadian dimana Calvin merogol Dee, dia sudah dibenarkan keluar daripada wad memandangkan keadaannya semakin membaik.

Dee berubah menjadi semakin pendiam dan kuat menyendiri. Jika dia sedang bersendirian dan ada yang datang, dia segera menjauhi orang itu dan balik ke biliknya.

Dia tidak dibenarkan balik kerumah atau mansionnya. Puan Delayna juga sudah bingung bagaimana hendak memujuk anak gadisnya. Dee tidak mahu makan atau bercakap dengan sesiapa. Makan pun sehari sekali, itu pun tidak banyak.

Dee duduk diatas buaian di belakang rumah. Sudah dua minggu dia kerap muntah dan sakit kepala. Dia sendiri tak tahu apa puncanya, kalau betul sebab benda tu.. dia mohon jangan.

Terasa bagai ada seseorang duduk disebelahnya, dia memandang ke tepi. Dia memberi lelaki itu pandangan datar.

"Dah makan?" soal abangnya, Naifal. Dia menggelengkan kepala. Ya, seharian dia tidak mengisi perut.

"Nak makan apa, cuba bagitau. Abang bawa adik pergi beli." pujuknya. Dee teragak-agak hendak mengeluarkan suara.

"Cakaplah, abang rindu nak dengar suara adik abang ni." ujar Naifal. Dee mengeluh perlahan.

"Nak makan laksa penang dengan mangga. Lepas tu.. nak bubur pisang." balasnya perlahan. Tak tahu lah kenapa, tekak dia macam nak makan benda yang masam.

"Adik bukan tak makan bubur pisang ke?" soal Naifal hairan. Pelik.. Dee menjongket bahu tanda tidak tahu. Perutnya mahu.

"Yela, pergi bersiap lepas tu kita beli." arah lelaki itu. Dee berdiri dan langsung berjalan ke lift. Adyen mengganti tempat duduk Dee bersama Ethan.

"Kenapa?" soal Ethan.

"Dia nak laksa penang, mangga dengan.. bubur pisang." beritahunya. Ethan dan Adyen mengerutkan dahi.

"Bubur pisang?" soal mereka serentak. Naifal menganggukkan kepalanya. Semua orang tahu Dee tak makan bubur pisang sebab, pernah sekali Puan Adyana buatkan mereka bubur pisang namun Dee menolak. Katanya tidak suka bubur pisang yang berasa pelik.

"She's weird.." ujar Ethan. Mereka menunduk sebelum memandang satu sama lain.

"Jangan cakap dia.. mengandung?" ujar Naifal. Mereka berdua memandang Naifal. Boleh jadi..

"Ahh shit!"

Dee mendekati Naifal yang duduk disebelah Adyen. Mereka semua langsung memandang Dee dan berdiri.

"Nak pergi klinik." ujarnya dingin.

"Are you sick?" soal Ethan. Dee menganggukkan kepalanya.

"Sakit apa?" soal Naifal.

"Saya-"

"Dia kerap muntah lepas tu sakit kepala. And you acting weird. You don't eat Banana Savoury." potong Adyen. Dee memandang lelaki itu hairan. Apa lelaki ni merepek?

"What are you trying to told me? Do you.."

"You're pregnant." balas Naifal, Ethan dan Adyen serentak. Dee memandang mereka bertiga sambil menggeleng perlahan. Dada nya berdegup kencang..

"Tak payah merepek. Jom, adik lapar." panggilnya.

"Aku teman. Naifal ada kerja nak kena buat." Dee mengangguk kepalanya. Dia menggamit lengan Adyen dan disatukan dengan lengannya.

Adyen mengarahkan Dee untuk masuk ke dalam kereta terlebih dahulu. Katanya dia mahu mengambil dompet di biliknya.

Dee menghidupkan enjin kereta dan membuka radio. Dia memasang lagu kegemarannya iaitu, Untukmu Aku Bertahan yang dinyanyikan oleh Afgan.

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now