"SUPRISE!" Dee memegang sebiji kek bersama Naufal dan Erika yang turut memegang sebiji kek.
Terlopong tiga beradik itu memandang terutamanya Aiden apabila Erika muncul dihadapannya.
"A-apa.."
"Happy birthday.." ucap mereka semua.
"K-kau orang plan? Allahuakbar.. thank you." kek dihalakan pada mereka lalu mereka meniup kek dan memotong kek tersebut setelah membaca doa.
"Kenapa tak buat wish?" soal Shawn hairan.
"Wish tu haram dalam Islam." balas Adyen. Dee mengambil briefcase ditangan Adyen lalu kek diletak diatas meja.
Sabar Dee.. bertenang, jangan marah.
"Apa kata pergi naik mandi dulu lepas tu kita makan. Mandi, solat." cadang Erika. Mereka mengangguk sahaja.
"Bila kau sampai?" soal Aiden.
"Tadi pagi. Shawn yang ambil. Saya datang pun ada urusan tapi saya ingat birthday awak jadi saya sambut dulu. Kek ni saya dengan Dee tau yang buat." balasnya bangga. Aiden mengusap rambut gadis itu dari luar.
Hadiah diambil lalu diberi kepada Ayna, Adyen dan Aiden. Mereka mengucap terima kasih lalu masuk kebilik.
Dee mengeluh apabila Adyen menarik tangannya lembut ke bilik.
Klak
"Assalamualaikum.." ujar Adyen lalu melangkah masuk ke biliknya.
Dee hanya memandang tanpa mengeluarkan suara sedikit pun. Hatinya masih terasa. Nak tanya tapi takut suaminya sangka dia tak percaya lelaki tu tapi..
Macam mana nak percaya kalau telefon Adyen ada dekat Elaina? Boleh ke dia percaya lelaki tu? Tapi Dee.. itu suami kau.
"Wifey.. kenapa ni? Senyap je." soal Adyen.
"Awak dari mana tadi? Saya dah masak sebelum saya keluar kenapa tak balik makan?" soalnya tanpa berkias.
"Aku lunch dekat luar."
"Dengan siapa?" soalnya lagi.
"Sendiri.." dia memandang isterinya hairan.
Dee mengeluh perlahan. Lelaki itu menipu.. benarkan?
"Kenapa ni? Kenapa mengeluh? Kau tak percayakan aku?" soal Adyen bertubi-tubi. Isterinya didekati lalu bahu gadis itu dipegang.
Dee menepis tangan Adyen yang mendarat di bahunya. Dia tahu Adyen terpempan tapi emosinya tak dapat dikawal. Dia tahu dan dia perasan.
"Aku dah tak boleh sentuh kau ke?" soal Adyen dingin.
"Awak tipu saya kan? Cuba jujur Adyen, awak keluar dengan siapa tengahari tadi!?" bentak Dee. Dadanya berombak-ombak menahan marah dan sakit.
"Aku sendiri! Kau kenapa nak naik suara dekat suami sendiri!? Mana hormat kau Hazel Madeena Natasha!?" suara Adyen tak kurang tinggi.
"Macam mana saya nak hormat awak kalau awak tipu saya!? Kalau betullah awak sendiri, mana buktinya!? Awak keluar dengan Elainakan!" Dee merentap tangannya yang dipegang Adyen.
Adyen ditatap tajam.
"Telefon aku hilang. Puas? Aku keluar sendiri tolonglah percaya. Kenapa kau nak bawa-bawa Elaina ni? Apa masalah kau sebenarnya?" Adyen cuba berlembut dengan isterinya yang kelihatan marah.
"Kenapa Adyen.. Dia telefon saya pakai telefon awak.. Hati isteri mana yang tak sakit!? Macam mana saya nak letak kepercayaan saya dekat awak sedangkan telefon awak dekat dia!?" gadis itu terduduk diatas katil sambil menutup wajahnya yang memerah sambil teresak.
YOU ARE READING
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©
RomansaTerpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bert...