15 || ⚔️

3.9K 141 7
                                    

ADYEN menarik rambut hitam berhighlight merah milik Fatiha dengan kasar. Fatiha takut melihat muka bengis lelaki itu.

"Apa motif kau huh? Bagi aku ubat perangsang, goda aku supaya kau boleh kahwin dengan aku? Lepas tu, bila dah kahwin dengan kau senanglah abang kau nak bunuh akukan sial!?" jerkahnya. Sudah lama dia menahan geram.

"Sorry, sorry Adyen. I-i cuma ikut apa yang abang I suruh. Dia ugut I kalau I tak buat semua tu dia akan bagitahu parents I pasal hubungan I dengan boyfriend I. Kalau dorang tau I ada boyfriend, dorang suruh I kahwin. I tak nak. I'm so sorry Adyen." tangisnya bersungguh-sungguh.

"KAU TAK PAYAH NAK MENIPU ABANG AKU LAH BABI!" Berombak-ombak dada Aiden menahan amarahnya. Shawn dan Evan menahan Aiden dari menyerang gadis itu. Fake!

"I.. manada I menipu!" gagap suaranya.

"Lepaskan I Adyen, I terpaksa.. tolonglah. Maafkan I Adyen." rayunya. Sial Haidar! Rancangan bodoh kau tu buatkan aku terperangkap.

Mereka semua memandang Vanessa untuk memberi keputusan.

"Leave her." arah gadis berumur 30 tahun itu. Mereka semua keluar dari bilik itu dan meninggalkan Fatiha bersendirian.

"ARGH! SIAL HAIDAR! SIAL VANESSA, LEPAS AKULAH TAK GUNA!!" jeritnya kuat membuat Vanessa hilang sabar.

Vanessa mendekati Fatiha dan langsung menampar pipi mulus itu membuatkan Fatiha terdiam. Berombak-ombak dada Vanessa.

Mereka semua memandang Vanessa datar. Sudah biasa membiar gadis itu membuat keputusan. Mereka semua cukup hormat kepada gadis yang dianggap kakak itu.

"Kau tak boleh diam ke? Aku tengah berfikir nak percaya and lepaskan kau atau tak lepas tu kau boleh menjerit macam mati mak bapak kenapa?" Fatiha terkedu memandang muka merah Vanessa yang jelas kelihatan sedang marah. Fikirnya Vanessa adalah seorang yang berperwatakan lembut kerana jika bersama abangnya, Vanessa sungguh sopan dan lembut.

Vanessa menarik kuat rambut Fatiha membuatkan gadis itu terdongak keatas.

"Behave girl. Jangan sampai perangai syaitan kau ni buat aku taknak lepas kau." Dia menampar pipi gadis itu sebelum mengambil sebiji Revolver dan diacukan dibahu Fatiha.

"Vanessa, lower down your gun." arah Adyen.

"Okay fine.. but"

BANG

Vanessa melepaskan tembakan di paha, bahu dan betis Fatiha. Dia melepas geramnya yang sudah lama ditahan. Vanessa bagai naik gila melihat muka gadis itu.

Sepanjang 5 tahun dia menjadi spy dan 'girlfriend' Haidar Fateh, sikit pun dia tidak pernah dilayan elok oleh gadis bernama Hannan Fatiha itu. Dia bahkan diseksa oleh gadis itu dan diugut untuk menutup mulut dari mengadu kepada Hannah Fariha atau Haidar Fateh.

Aiden dan Shawn segera memeluk Vanessa untuk menghentikan gadis itu.

"Lepaslah sial!" Adyen mengetuk belakang leher Vanessa yang berlapik tudung menggunakan Baretta ditangannya. Vanessa terjatuh perlahan-lahan.

Sudah menjadi kebiasaan mereka melihat Vanessa naik gila jika berhadapan dengan musuh. Gadis itu sungguh penyabar tapi sekali barannya datang bermaksud sabarnya sudah hilang.

"Mawar, Dahlia papah Kak Vaness pergi bilik dia. " arah Adyen. Ya, mereka juga mempunyai ahli berjantina perempuan. Ada yang masih dilatih dan ada yang telah menjadi senior. Hanya ada sepuluh Female Main Senior dan tiada queen. Queen merupakan gelaran untuk isteri Adyen.

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now