19 || ⚔️

3.8K 126 8
                                    

DEE menguap kemudian mengusap matanya supaya penglihatannya tidak kabur. Dia membersihkan katilnya lalu mengambil tuala dan masuk kedalam tandas.

Setelah beberapa minit ditandas, dia keluar dan menyikat rambut pendeknya. Dia berjalan kedapur dan memandang Adyen yang kusyuk memasak.

"Awak, Nana lapar." adunya. Adyen memandang kebelakang dan mengerut hairan. Bila budak ni datang?

"Hai, good morning." sapa Adyen.

"Morning. Nana lapar, lama lagi ke awak masak tu?" Dia mengusap perutnya.

"Sabar kejap. Aku goreng sausage dengan nugget. Roti bakar dengan nasi goreng dah ada. Kenapa Nana?" soalnya hairan. Tiba-tiba Nana, ke budak ni ada split personality?

"Saya Nana lah! Umur saya 12 tahun. Saya another personality kak Deena. Saya wujud masa Kak Deena umur 17 tahun." Adyen mengangguk. Dah agak.

"Nama pakcik hensem apa?"

"Adyen Daniel Louise."

"Ooo."

"YO WASSUP! GOOD MORNING WORLD!" jerit Aiden dari atas. Nana langsung berlari ke belakang Adyen. Takut!

"Takut!" rengeknya. Dia menarik baju Adyen agar menutupi badannya.

"Morning bro. Eh? Dee kenapa you sorok belakang Adyen?" soal Shawn. Aiden hanya memandang.

"Morning Shawn, morning Aiden. Ni another personality Dee, nama dia Nana. Dia takut sebab si bangang ni menjerit." Shawn dan Aiden mengangguk. Aiden mencebik bibir.

"Alaa macam tak biasa." balas Aiden.

"Pakcik hensem, Nana takut." Aiden dan Shawn mengemam bibir menahan tawa. Pakcik?

"Pakcik? HAHAHA." gelak mereka berdua. Adyen memincing mata memandang adiknya dan Shawn.

"Nana umur you berapa?" soal Shawn.

"Dua belas tahun." Nana keluar dari belakang Adyen dan duduk dihadapan Shawn.

"Oo muda lagi. You tau tak yang you dengan Adyen nak kahwin?" soal Shawn. Nana mengangguk.

"Siapa bagitahu?" tanya Aiden.

"Kakak Deena."

"Macam mana you boleh wujud?" soal Eden. Eden yang tiba-tiba muncul bersama Evan, Ethan, Naifal dan Naufal.

Nana menyorok semula dibelakamg Adyen. Dia mendongak memandang Adyen. Adyen menganggukkan kepalanya.

"Nana muncul sebab dulu Kak Dee munculkan Nana. Dulu Kak Dee tak suka bagitahu yang dia tu cucu King Arnold dengan Queen Mya jadi ramai orang buli dia.

Kak Dee nama kan saya Nana sempena nama belakang dia, masa dia kena buli dia stres sangat. Dengan SPM lagi, ada satu malam tu dia terfikir nak tikam diri sendiri sebab tu Nana tiba-tiba keluar.

Nana dah lama wujud dalam badan dia tapi Nana tak pernah keluar sampai malam dia nak tikam diri tu. Nana tak boleh rasa sakit mental atau fizik sebab fizik ni Kak Dee punya. Mental pula hanya Nana boleh rasa tapi Nana pandai kawal.

Masa Khalis Khan dulu tangkap Kak Dee dengan yang lain, Nana keluar setiap kali Kak Dee kena pukul. Nana tau semua yang Khalis Khan buat tu rancangan Kak Teha sebab Kak Far bagitahu Nana, dia dengar Kak Teha call dengan Khalis Khan.

Kak Teha cemburu sebab semua kawan mereka manjakan Kak Dee. Dia simpan dendam dekat semua orang. Dia pun suka Eric tapi Eric suka Dee lepas tu Eric kahwin dengan Najah sebab Eric sayang Najah.

𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 ©Where stories live. Discover now